CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2267|Reply: 16

Nak Libas Isteri Dengan Pedang Samurai, Terkena Ibu

[Copy link]
Post time 20-3-2018 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara cuba meleraikan pergaduhan antara anak dan menantunya, wanita berusia 50-an hampir kehilangan tiga jari kirinya akibat terkena pedang samurai.








BH Online melaporkan, kejadian 5 pagi itu berlaku di sebuah rumah di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu pada Ahad.


Difahamkan, anak lelaki mangsa berusia 30-an yang juga bekerja sendiri dan menantunya berusia 27 tahun berselisih faham mengenai wang.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, pertengkaran melarat hingga suspek tiba-tiba mengeluarkan pedang samurai dan cuba melibas isterinya.

"Mangsa yang menyedari kekecohan itu cuba meleraikan pergaduhan pasangan berkenaan dan mangsa yang terkejut melihat suspek mengeluarkan senjata itu bertindak menahan serangan terbabit menggunakan tangan kirinya.

"Melihat keadaan ibunya, suspek menuduh isterinya bertanggungjawab menyebabkan ibunya cedera sebelum membawa mangsa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri sebaik menghantar ibu dan isterinya ke hospital itu," katanya.


Suspek ditahan susulan laporan dibuat menantu mangsa dan kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 10:17 AM | Show all posts
makan dadah ni.....

makin ramai lelaki ahli nuraka kalau tgk kejadian2 yg berlaku skrg ni....

taik dadah, mat rempit, mat lajak, biawak hidup,bunuh org, lawan makpak, makan duit haram, abai tanggungjawab, penunggang agama -> lelaki paling ramai
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 10:18 AM | Show all posts
kalau dah macam tu pun bininya masih nak stay jugak, tak tau la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Terengganu.....

Dadah & rogol ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 10:46 AM | Show all posts
apa niat ko hayun pedang tu

nak membunuh ke?


harap mereput dalam jel
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 10:54 AM | Show all posts
ganu.terkenal dengan kes dadah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2018 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantai timur bnyk sungguh pedang samurai
Mgkin tentera jepun bnyk bermastautin kt sana lepas perang
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:20 AM | Show all posts
giler nya laki..
nak membunuh apa..
susah rupanya berlaki ni yer...
silap sikit boleh mati ditgn dia org jerk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100: Terengganu.....Dadah & rogol ....


Hoo sedak bohh sting mate mate pahtu kite nengok penyu nelor
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:35 AM | Show all posts
haryatie replied at 20-3-2018 11:20 AM
giler nya laki..
nak membunuh apa..
susah rupanya berlaki ni yer...

so single la nie ek.... a/s/l please....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:36 AM | Show all posts
haryatie replied at 20-3-2018 11:20 AM
giler nya laki..
nak membunuh apa..
susah rupanya berlaki ni yer...

so sistur kalau nak berlaki pikir sejuta kali


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:41 AM | Show all posts
Bini tu, lepaskan la diri dari terikat lagi dengan laki tu. Nasib tak mati
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 12:00 PM | Show all posts
gaduh dengan bini pun nak bersamurai bagai
kena pulak ke mak sendiri
low life addict
end up esok mampus tepi jalan je ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:31 PM | Show all posts
dah salah, buat tak ngaku, salahkan bini.. ciss.. pastu lari...kena kat mak sendiri tak insaf2!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 03:51 PM | Show all posts
kepelikang tanpa batasang
only in ganu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngok nye jate
Pada munoh ore baik mu buek ore
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100: Terengganu.....Dadah & rogol ....

katanya mmg agenda Thai/siam utk buat melayu terengganu lemah.senang  nak di ambil balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065392 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list