View: 2159|Reply: 12
|
Wanita Ini Tak Boleh Tengok Benda Kelakar, Kalau Ketawa Mesti Pengsan
[Copy link]
|
|
Tidur adalah waktu yang membolehkan badan kita rehat dan memulihkan semula sel-sel badan yang telah rosak. Tidur juga sangat menyeronokkan bagi kita semua, terutama pada waktu pagi apabila hujan turun sehingga kita lewat untuk pergi kerja dan paling parah apabila solat Subuh pun kita langgar. Tetapi, tahukah anda, ketawa pun boleh 'tidur' juga. Mari kita lihat, penyakit apakah yang dimaksudkan ini?
Sumber: peru.com
Sering mengantuk dan tidur yang panjang adalah antara rutin bagi seorang penuntut Universiti Lincoln, England. Kay Underwood sering kelihatan mengantuk sewaktu dalam kelas ketika dia berumur 15 tahun dan sering tidur selama berjam-jam selepas habis sesi persekolahan. Pada sebelah malam, Underwood sering terjaga daripada tidur dan tidak dapat menggerakkan tubuh. Ada ketika dia terasa seperti lumpuh seketika. Underwood dirujuk kepada pakar di Hospital Leicester dan disahkan menghadapi Katapleksi.
Sumber: mynnm.ru
Penyakit Katalpleksi adalah serangan tiba-tiba yang mengakibatkan otot menjadi lemah hinggakan penghidapnya tidak mampu bergerak walaupun ketika itu dia sedar. Ada ketika Underwood pengsan ketika ketawa sehingga mengganggu penghidupannya seharian. Selain ketawa, rasa teruja, terkejut, takut, marah atau malu juga boleh menyebabkan pengsan. Lebih 40 kali sehari Underwood pengsan sebelum sedar semula dalam beberapa minit.
Menurut Dr. Andrew Hall dari Hospital Leicester, Katapleksi adalah kelumpuhan tidur yang berpunca daripada kegagalan fungsi otal yang mengawal masa jaga dan tidur. Katapleksi boleh menghilangkan keupayaan otot secara mengejut ketika berjaga. Dr. Hall juga menambah yang penghidap Katapleksi akan mengalami sakit kepala dan migrain selain tekanan emosi terhadap 30% hingga 57% penghidapnya.
Kalau kita perasaan, contoh yang selalu dipaparkan dalam kaca telivision adalah dimana penghidap Katapleksi terjadi pada tangan. Seseorang itu tiba-tiba akan melepaskan pegangan tangannya selepas menerima berita yang mengejutkan dan memberi kesan emosi yang kuat dan mendalam. Bayangkan babak dalam drama makcik-makcik bawang pukul 7. Kebiasaannya ada babak heroin menerima berita kematian hero, heroinnya boleh melepaskan pegangan benda di tangannya dan 'tidur' tiba-tiba.
Kadang-kadang benda gembira pun boleh pengsan juga
Sumber: reactiongifs.com
Hah, lepas ni hati-hati kalau terlalu lama tidur. Mungkin dah kena cek doktor pakar. Mana tahu, ada penyakit pelik-pelik berlaku pada kita. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
hahah kena proposed sampai pengsan.. pun comel |
|
|
|
|
|
|
|
Hihihi... bagus pompuan camni dari asik nak nangih jer manjang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pulak kat dia..mcm manalah dia nak control ekspresi perasaan dia tu..kang x pasal2 pengsan.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde nikmat ketawa dah utk dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia.. seksa gak.. dah laki dia takleh nak geletek2 chikebum chikebum ngan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
x leh tgk movie lucu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kena banyak bertabah nampaknya bukan senang nak control kalau dalam situasi sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik la dia.moga dpt sembuh dr penyakit itu |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik la dia.moga dpt sembuh dr penyakit itu |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali sekala xpa..ni dah berkala2..seksa kut..ml pun failed awai gaya gini.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian..hilang hiburan hidup |
|
|
|
|
|
|
| |
|