View: 1986|Reply: 6
|
4 Penyakit Sering Menyerang Wanita, Mana Paling Seram?
[Copy link]
|
|
Setiap orang pasti tidak akan terlepas daripada diserang penyakit sepanjang hidup. Tapi jangan risau, ini kerana terdapat banyak penawar dan ubat yang boleh anda ambil bagi mengubatinya.
Tapi kena ingat, jangan pula ambil sembarangan ubat ya! Anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi setiap pengambilan ubat yang diambil.
Nak tahu, apa sahaja penyakit yang boleh menyerang wanita? Jom baca artikel yang dipetik dari Merdeka.com ini.
1) Kitaran haid tidak teratur
Foto: Blog.Udenz.Ae
Setiap wanita normal pasti tidak terlepas daripada berdepan kitaran haid. Anda pasti risau jika mendapati kitaran haid anda tidak menentu, kan? Ia juga berkemungkinan boleh menyebabkan terjadinya tanda-tanda awal kanser serviks. Jadi, jangan pandang ringan ya! Segera buat pemeriksaan bagi memastikan tahap kesihatan anda.
2) Jangkitan air kencing kotor
Foto: Mamaaja.sk
Jangan tak tahu, penyakit ini juga sering menyerang wanita. Nak tahu apa tandanya?
Tanda yang jelas sekali adalah anda akan merasa sakit setiap kali ingin membuang air kecil. Jangkitan bakteria yang terjadi amat menyakitkan, jadi jika anda terkena penyakit ini anda memerlukan antibiotik yang cukup untuk mengubatinya. Tapi, pastikan anda berjumpa doktor dulu ya.
3) Kanser
Foto: D-healthcare.co.jp
Wanita mudah diserang kanser payudara, kanser serviks, kanser paru-paru dan lain-lain lagi. Jadi, anda disarankan membuat pemeriksaan payudara, malah sebaiknya lakukan pemeriksaan menyeluruh dengan lebih kerap agar dapat mencegah penyakit seperti ini.
Pemakanan juga perlu dijaga! Jika makanan seperti punggung ayam dan makanan lain dapat membawa ke arah kanser, sebaiknya dijauhkan.
4) Obesiti
Foto: Rojakdaily.com
Penyakit ini menjadi igauan setiap wanita. Ramai yang sanggup berdiet untuk mendapatkan tubuh diidamkan. Dengan adanya lambakan makanan segera, pastinya susah untuk menahan nafsu makan, kan? Jadi, anda perlu tahu apakah pola makanan yang betul dan sesuai agar terhindar dari penyakit obesiti.
Malah, setiap kali anda stres, janganlah lepaskan tekanan itu terhadap makanan. Lakukan aktiviti berfaedah bagi melampiaskan segala tekanan yang ada kan lebih bagus.
Macam mana ya? Adakan anda tergolong dalam golongan di atas? Mudah-mudahan anda diberikan kesihatan yang baik dan terhindar dari segala penyakit di atas. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kanser la...nauzubillah... kalau obesiti masih boleh diet, exercise jaga makan semua... kencing kotor ada antibiotik... haid tak teratur pon problem jugak tp masih boleh diubati lg kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Slip disc pn scary jgk..kanser lg scary.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu kena jangkitan air kencing.sakitnya ya tuhan.mmg kena standby ural je |
|
|
|
|
|
|
|
Semestinya yang no3 yang lain tu masih boleh diubati dan diubah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni dah buat pap smear ke |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|