View: 14601|Reply: 97
|
Datin Dera Amah: 14,000 Tandatangan Petisyen
[Copy link]
|
|
Keputusan mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 terhadap seorang Datin yang didakwa mendera pembantu rumahnya hingga cedera parah mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai.
Berikutan itu, lebih 14,000 individu menandatangani petisyen menuntut hukuman tegas dikenakan terhadap Datin Rozita Mohamad Ali, 44.
Foto: BH Online
Memetik BH Online, ia ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Petisyen 'Tuntutan keadilan sama rata' itu dilancarkan pada Sabtu bagi menolak keputusan mahkamah selain mahu keadilan ditegakkan tanpa mengira pangkat dan harta.
Selain itu, ia menyifatkan perlakuan tertuduh terhadap pembantu rumah, Suyanti Sutrinso, 19, sebagai keji dan tidak berperikemanusiaan.
Sehubungan itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah terbabit.
Pada awal pendakwaan, Rozita berdepan tuduhan cuba membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun jika cedera dan seumur hidup sekiranya menyebabkan kematian jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumahnya menggunakan pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju.
Menurut laporan, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei tahun lalu, tertuduh kemudian menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, ketika prosiding disambung pada Khamis lalu.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 326, tertuduh boleh dipenjarakan hingga 20 tahun dan denda.
Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Mohammed Mokhzani Mokhtar, membenarkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan berkenaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Malu la ko hakim..buat keputusan berat sebelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
senang byk la cmni..dera org separuh mati pstu baya je denda.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana petisyennyer? sy pon nak tandatangan tanda menyokong hukuman penjara dikekalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kena kecam baru nak ambil tindakan seterusnya....kalau x..mau senang2 ja datin tu happy2... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana link petisyen tu? Saya pun nak sign jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul...bak mai petisyen nak tambah satu tandatangan lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memalukan institusi kehakiman negara je. Berat sebelah. Coiii |
|
|
|
|
|
|
|
Equaljustice ForMalaysians started this petition to Dato Sri Azalina Othman Said and Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
|
|
|
|
|
|
ni kira peguam yang hebat atau hakim yang berat sebelah? |
|
|
|
|
|
|
|
jommm kita sign kat petisyen ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Petition itu katanya akan dihantar kepada Dato Sri Azalina Othman Said and Datuk Seri Najib Tun Razak
Dan most importantly, lebih ramai yg sign lebih kuat suara kita di media tanda protes tidak setuju dgn ketidak adilan ini |
|
|
|
|
|
|
|
teruk maid dia kena kan..ada dpt pic kat wassap.. selayaknya pompuan ni kena hukuman berat..takyah la berat sebelah hakim oi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dera Pembantu Rumah: Suami, Isteri Terlepas Tali Gantung
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... cqe5mRMQvsQQ7G7t.99
yang bunuh pun boleh terlepas hukuman gantung.....tapi takde pulak buat petisyen? adakah kerana yang membunuh ni cina? sekadar bertanya, sebab undang2 double standard...netizen pun double standard ka
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 19-3-2018 11:44 AM
awekjepun replied at 19-3-2018 10:37 AM
Malu la ko hakim..buat keputusan berat sebelah..
Xlayak jadik hakim, sila pecat hakim juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|