CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16924|Reply: 100

Jom borak pasal Kumpulan XPDC

[Copy link]
Post time 28-5-2004 08:45 PM | Show all posts |Read mode
masa first time kumpulan XPDC kuar album n lagu 1st diorg - C.I.N.T.A
siap mengeja lagi tp catchy lak lirik dia ......
tambah lagi masa tu Mail XPDC jadi singer kumpulan XPDC ...
mmg besh aaaaa ...
Fly tak alert sgt album2 XPDC tp satu album yg femes
sehinggakan Hitz.FM promo giler2 ....
album Kita Peng - Yu ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2004 02:01 PM | Show all posts

Konsert Terbaru

XPDC & Bandi Amuk - Buat konsert amal ditulis Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MELIHAT penampilan kumpulan XPDC dan Bandi Amuk di pentas sewaktu mengadakan persembahan, pasti ada yang berpendapat mereka adalah insan berhati keras. Ia dikuatkan lagi dengan muzik yang dipersembahkan iaitu berkonsep metal. Sebenarnya apa yang ditonjolkan oleh XPDC dan Bandi hanyalah sifat luaran sahaja demi disesuaikan dengan konsep muzik yang di ketengahkan.

Bagaimanapun jika sudah mengenali hati budi mereka, sebenarnya anggota XPDC dan Bandi adalah individu yang penyayang dan pengasih.

Ini terbukti apabila XPDC yang dianggotai oleh Ali, Izo, Yan dan Mohamad Nasfa serta Bandi, sepakat menjayakan persembahan amal anjuran Zamis Event & Production House dan Kerlis Sound Production.

Persembahan Malam Amal Bersama XPDC & Bandi Amuk `Ada Hati Ada Simpati' akan diadakan di dewan Hotel De Palma, Ampang pada Ahad ini pukul 8 malam.

Menurut penyanyi utama XPDC, Ali, hasrat untuk mengadakan persembahan amal sudah lama terpendam.

``Lama kami menantikan peluang seperti ini. Tapi tidak ada pihak yang menghubungi. Mungkin mereka ingat kumpulan seperti kami tidak akan membantu,'' jelasnya.

Tambah Ali, pembabitan artis irama metal dalam projek sebegini secara tidak langsung dapat menghakis tanggapan negatif orang ramai terhadap mereka.

XPDC yang sedang dalam proses menyiapkan album baru, berjanji akan memberikan persembahan terbaik demi untuk mengumpul wang yang banyak untuk disalurkan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Kampung Kenanga, Rawang, Selangor.

``Kami akan mengadakan persembahan selama satu jam dan akan mendendangkan lagu-lagu popular yang dipetik daripada album V, O'tai Rock dan banyak lagi.

``Biarpun persembahan pada malam itu dihadiri oleh golongan korporat namun corak persembahan kami tetap sama, itu semua bergantung kepada reaksi penonton,'' jelasnya.

Sementara Bandi pula merasa bangga dan terharu kerana selain menghibur, dia dapat menyalurkan sumbangan untuk membantu kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

``Melihat kanak-kanak tersebut hati sesiapa sahaja pasti tersentuh. Pada saya jika cara ini boleh membantu mereka, maka saya akan berikan komitmen seratus peratus,'' akui Bandi.

Menurut pengarah urusan Zamis Event & Production House, Rohaya Asmuni, sebanyak 30% daripada jualan kutipan tiket akan diserahkan kepada pengasas pusat tersebut, Mimpin Kassim.

Jelas Rohaya, melalui sumbangan tersebut dia berharap bebanan kewangan yang ditanggung oleh pusat pemulihan yang menempatkan anak-anak istimewa itu akan menjadi ringan.

``Sebagai insan yang sihat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Sekurang-kurangnya bantuan yang dihulurkan dapat memberi mereka semangat untuk terus menempuh kehidupan ini,'' katanya terus terang.

Tambahnya, setakat ini sambutan yang diberikan terhadap jualan tiket amat menggalakkan.

Bagi yang berminat untuk menonton persembahan tersebut, tiket-tiket untuk perseorangan dijual dengan harga RM75. Sementara untuk meja VVIP berharga RM1,800 dan RM1,500 untuk VIP.

Tempahan meja atau tiket boleh dibuat menerusi talian 03-20310850.


DIPETIK daripada :dia: UTUSAN MALAYSIA - Jumaat , 28 Mei 2004
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2004 03:30 PM | Show all posts
sure besh ...... mamat n minah rock sure dtg punya ...
Bandi Amuk ...... means hanya Bandi jer tanpa Amuk???
nak tanya la since buka thread pasal rock nih .........
suara maner yg besh ... Ali XPDC or Mail XPDC ......?
ada yg kata suara Mail XPDC besh ... especially live ...
XPDC ada wat konsert kecik kat funfair kekadang .....
tu dulu .. skrg tak tau ler .....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 5/2004/28 03:30 PM:
sure besh ...... mamat n minah rock sure dtg punya ...
Bandi Amuk ...... means hanya Bandi jer tanpa Amuk???
nak tanya la since buka thread pasal rock nih .........
suara maner yg be ...



yelah fly_in_d_sky .

aku rasa Mail XPDC is Ok than Ali XPDC

serak-basah

haa......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2004 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 28-5-2004 04:02 PM:



yelah fly_in_d_sky .

aku rasa Mail XPDC is Ok than Ali XPDC

serak-basah

haa......




tu la ....
sedih la biler Mail XPDX decide tarik diri ..........
mane Mail XPDC skrg nih .....
XPDC pun dah senyap
album paling besh ... Kita Peng-yu ......
bg Fly aaaaa ... tak tau yg lain lak ......
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 5/2004/28 04:06 PM:




tu la ....
sedih la biler Mail XPDX decide tarik diri ..........
mane Mail XPDC skrg nih .....
XPDC pun dah senyap
album paling besh ... Kita Peng-yu ......
bg Fly aaaaa .. ...



tulah zaman rock klasik dah tenggelam.....

aku suka lagu APA NAK DIKATA... menusuk kalbu.. cewah..


mail XPDC dah terkubur .... entah gi mana dia tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2004 08:52 PM | Show all posts
try aaa layan album kita pengyu...album utk hed beeeenkkkk punya

amy drummer lama best.....pedal works dia aku minat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2004 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by Sandorf at 28-5-2004 08:52 PM:
try aaa layan album kita pengyu...album utk hed beeeenkkkk punya

amy drummer lama best.....pedal works dia aku minat



hed beenkkk ...
head banging ker aper?
:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2004 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 28-5-2004 09:20 PM:



hed beenkkk ...
head banging ker aper?
:lol


aku ikut cara dia sebut dlm album live real xpdc tu...hehehehe...

"...same2 hed benkkkk bersame sayeeeee..."
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 28-5-2004 09:39 PM | Show all posts
js kevin la yg bertanggungjawab membawa xpdc ni sampai popular cam ari ni..

sekrg js kevin pun dah takde
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 09:51 PM | Show all posts
lee space drummer asal dia org...skang main def gab c...dulu keluar xpdc sebab nak join underground(tak tau le kot2 ada ceta sebaliknya...hehehe)
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 28-5-2004 11:28 PM | Show all posts
lee space muka tak komerisallol

betuk gang..aku dengo camtulah..hehe..

pasal tu die kena kick dr xpdc..

album peberet aku pasal xpdc ni ialah of koslah BRUTAL..

tp aku kecewa bila nengok izo nya punya perfomance masa konsert raksaksa xpdc

brutal kat stadium negara tu..

nape die slowkan sound ek..cam tak konfiden je..padahal bila aku nengok

undertaker main lagu2 dari album brutal ni masa cover mael dalam konser real Xpdc..sedap da terang je sound die..

pelik...pelik:stp:

[ Last edited by 蝯z坞悬衻 on 29-5-2004 at 12:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2004 12:01 AM | Show all posts
slow kan sound satu hal...satu lagi dia banyak guna pedal wah wah...dah tu goreng ikut suka dia je...tak sama mcm dlm album
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 29-5-2004 12:02 AM | Show all posts
tu yg aku pelik..nape sond ngan permainan die tak sama maxcam dalam album e..

izo..izo..atau pun ko adaik beradik ngan zua gak..:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2004 12:02 AM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 28-5-2004 09:39 PM:
js kevin la yg bertanggungjawab membawa xpdc ni sampai popular cam ari ni..

sekrg js kevin pun dah takde



maybe XPDC kene cari penggubah lirik or pencipta lagu utk menaikkan XPDC ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2004 12:04 AM | Show all posts
xpdc memang favourite aku satu masa dulu...ingat lagi diowang wat lagu rock 60-an...famous gila waktu tuh..lepas tuh ramailaa yg mengikut....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


seek1u This user has been deleted
Post time 29-5-2004 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 29-5-2004 12:02 AM:



maybe XPDC kene cari penggubah lirik or pencipta lagu utk menaikkan XPDC ..

pasal tu lagu2 xpdc sekarang kuang kick sket fly..

romour terbaru yg aku dengo ialah..

MAEL akan kembali menyertai xpdc balik..ngan alasan REUNION:ah:

[ Last edited by 蝯z坞悬衻 on 29-5-2004 at 12:38 AM ]
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 29-5-2004 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by senahsirap at 29-5-2004 12:04 AM:
xpdc memang favourite aku satu masa dulu...ingat lagi diowang wat lagu rock 60-an...famous gila waktu tuh..lepas tuh ramailaa yg mengikut....

ko pun brutal gak ek senah..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2004 12:36 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by 蝯z坞悬
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 29-5-2004 12:47 AM | Show all posts
SINOPSIS kumpulan XPDC


Titian Perjalanan

Tragedy adalah nama asal kumpulan XPDC.Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila kumpulan ini dilanda perpecahan.Penarikkan diri Yazid dan Man tobey telah mengundang Lee dan Zua sebagai penggantinya.Dengan penukaran ahli ini dan dengan nasihat penerbitnya J.S.Kevin nama XPDC telah dipilih sebagai nama barunya.

XPDC lahir tanpa mendapat publisiti yang hebat.Mereka lahir ketika era rock di zaman kemuncaknya.Oleh itu terlalu banyak persaingan yang perlu mereka tempuhi terutama dari kumpulan yang telah mencipta nama.Kelahirannya tidak dirasai oleh peminat rock ketika itu.Namun dari barisan artis ternama XPDC dapat mencelah nama mereka.Ianya berpunca kerana lagu mengeja C.I.N.T.A ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin.Lagu mengeja ini tidak pernah ujud sebelumnya.Dengan populiriti lagu ini XPDC setapak demi setapak mengorak langkahnya.Konsep muzik mereka ketika itu banyak kepada irama Trash dan Heavy Metal.Motto XPDC ketika itu mereka tidak boleh menjadi seperti kumpulan Search,Rusty Blade atau WINGS kerana masing-masing ada 'tred mark' tersendiri.Oleh itu XPDC seharusnya mencari kelainan dari apa yang telah ada.Maka itu lahir XPDC dengan imej mereka tersendiri.Tidak dinafikan popularitinya mula mereka raih selepas kelahiran album Brutal. Mereka boleh diibaratkan seperti pepatah ' susah dahulu, senang kemudiannya".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.243803 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list