Tak semua kanak-kanak menyukai tart nanas malah ada yang hanya makan biskutnya sahaja dan inti dibuang. Tetapi Cikgu Azlina Ina membawa kelainan apabila mencipta resepi Tart Cadbury menggunakan coklat yang cukup digemari ramai.
Foto - FB Azlina Ina Fans
Apa yang menarik resepi ciptaannya ini mula menjadi viral malah ada yang sudah mencubanya dan mengatakan ia sedap serta menjadi kegemaran anak-anak mereka.
Foto - FB Azlina Ina Fans
Jadi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda resepi serta penyediaan Tart Cadbury Melting yang tidak sukar untuk disediakan malah bakal menjadi biskut kegemaran anak-anak anda. Jom kita lihat bagaimana menyediakannya seperti yang dikongsikan Cikgu Azlina Ina dalam Page FB beliau Azlina Ina Fans
Bahan-bahan untuk tart
1) 500 gram butter/majerin
2) 4 sudu besar susu pekat / gula halus
3) 2 sudu besar minyak sapi ghee
4) 2 biji kuning telur
5) 4 sudu besar susu tepung
6) Esen Vanila
7) Pewarna kuning
8) 2 sudu besar tepung jagung
9) 2 sudu besar tepung kastard
10) 4 cawan tepung gandum
11) Coklat Cadbury
Bahan-bahan untuk sapuan atas tart
1) 3 biji kuning telur
2) Pewarna kuning lemon
) 5 sudu susu segar (campur & kocak)
Cara-caranya
1) Masukan dua biji kuning telur, butter, gula atau susu pekat, mintak sapi ghee ke dalam satu mangkuk lalu dikacau supaya kuning telurnya pecah
Foto - FB Azlina Ina Fans
2) Tambahkan pewarna kuning, susu tepung serta esen vanilla dan kacau
Foto - FB Azlina Ina Fans
3) Masukkan tepung jagung dan tepung kastard lalu digaul sekali lagi.
Foto - FB Azlina Ina Fans
4) Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan dikacau hingga menjadi doh yang cantik
5) Ambil doh tadi dan tekankan di dalam acu tart mengikut kreativiti dan bagaimana bentuk yang anda inginkan.
Foto - FB Azlina Ina Fans
6) Letakkan coklat Cadbury di dalam tart lalu disusun di atas dulang pembakar.
7) Panaskan oven dan bakar tart cadbury pada suhu 170 selama 25 minit atau sampai keperangan.
8) Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dimakan
Mudah bukan penyediaannya. Tidak terlalu remeh dan yang pasti pasti anak-anak menyukainya. Menurut Cikgu Azlina Ina anda tidak perlu khuatir coklat Cadbury cair ketika dibakar di dalam oven kerana ia tidak akan mencair.
Jadi tunggu apa lagi selamat mencuba. Kalau dah cuba boleh lah share di dalam forum untuk tahu bagaimana kejadiannya selepas disediakan oleh anda. Selamat mencuba. -CARI |