Sayangnya, tak sampai seminggu berkahwin seorang wanita diceraikan suaminya hanya kerana dia enggan bersetubuh ketika berbulan madu!
Foto: American Psychological Association
Aduh, sejak kebelakangan ini, banyak pula cerita negatif mengenai hubungan pasangan suami isteri dari Arab yang terpampang di portal-portal media.
Isu perceraianlah yang paling banyak kita dengar dan puncanya seringkali kedengaran mengarut! Kisah kali ini juga tidak terkecuali.
Media tempatan Gulf News melaporkan, wanita terbabit mendakwa suaminya seorang yang kedekut dan enggan membelikan apa sahaja dikehendakinya.
Hanya kerana berang dengan sikap suaminya, wanita berkenaan memutuskan untuk tidak membenarkan lelaki itu menyentuh dirinya sepanjang tempoh bulan madu mereka di Eropah.
Foto: Huffington Post
Lelaki itu memfailkan perceraian mereka sebaik sahaja pulang ke Dubai dari berbulan madu.
Si suami kedekut? Ini pula katanya...
Menurut sumber, lelaki berkenaan mendakwa isterinya seorang yang mengamalkan kehidupan mewah dan boros selain sering membelanjakan membelanjakan wang secara berlebihan untuk perkara yang tidak perlu.
Foto: Giphy
Mahkamah Dubai bagaimanapun, mengarahkan pasangan itu supaya menghadiri sesi kaunseling supaya mereka mempertimbangkan semula keputusan berkenaan.
Bila dipanggil untuk beberapa sesi kaunseling, mereka enggan menyelesaikan masalah itu secara baik.
Foto: Understanding Relationships.com
Aduhai, takkan mereka tak dapat 'bayangan' sikap pasangan masing-masing sebelum berkahwin? - CARI |