View: 3093|Reply: 11
|
Hati Kental Je Boleh Melancong Sini, Silap Langkah Nyawa Melayang
[Copy link]
|
|
Bila melancong pasti kita inginkan satu pengalaman luar biasa dan tidak boleh dilupakan bukan? Lebih-lebih lagi bagi yang sukakan cabaran dan sesuatu yang lain daripada lain. Terdapat pelbagai tempat di dunia ini yang menjadi tarikan pelancong bukan sahaja cantik malah juga dikatakan berbahaya.
Jadi kali ini kami ingin kongsikan lima lokasi pelancongan paling berbahaya dalam dunia seperti yang ditulis dalam laman sesawang Iluminasi buat anda semua. Apa yang menarik walaupun tempat ini berbahaya ia tetap mendapat perhatian pelancong tanpa menghiraukan risiko yang bakal dihadapi.
1. Mosi-oa-Tunya, Zambia
Foto - Iluminasi
Orang ramai mengenali lokasi ini sebagai air terjun Victoria. Namun nama asalnya adalah Mosi-oa-Tunya yang membawa maksud 'Asap Yang Berbunyi Seperti Guruh. Tarikan utama dan paling bahaya yang ada di sini adalah kolam yang betul-betul terletak sebelum air terjun yang dinamakan 'Armchair' atau nama popularnya, Devil's Pool.
Pada ketika musim panas di air terjun Victoria, air di sungai tersebut akan surut ke satu tahap hingga membolehkan sesiapa sahaja berehat di dalam kolam yang ada, dihadang oleh batu-batu yang menjadi dinding sebelum air menjunam jatuh setinggi 108 meter.
Kolam itu hanya dibuka pada waktu musim panas, ketika aliran air lebih rendah, kerana pada waktu lain, andainya seseorang masuk ke dalam sungai itu, mereka akan terus dibawa arus deras yang akan membuatkan mereka terjunam sepanjang air terjun Victoria. Ngeri bukan?
2. Gunung Mayon, FIlipina
Foto - Iluminasi
Terletak di daerah Bicol, Filipina, Gunung Mayon merupakan sebuah gunung berapi aktif dan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal Filipina. Dengan ketinggian 2463 meter, Gunung Mayon terletak lebih 300 kilometer dari ibu negara Filipina, Manila.
Apa yang menariknya walaupun gunung ini sudah meragut begitu banyak nyawa ia masih menjadi lokasi pelancongan yang aktif serta menjadi pilihan pendaki gunung yang sanggup mempertaruhkan nyawa. Runtuhan tanah dan batu kerap berlaku di sekitar kawasan gunung ini, selain dari letupan-letupan yang terjadi tanpa boleh diramal.
Foto - Iluminasi
Pada tahun 2013, Gunung Mayon mengalami letupan kecil yang membunuh 5 orang pendaki, 7 orang cedera parah dan selebihnya mengalami kecederaan. Bagi mereka yang berjaya sampai ke puncak gunung ini, bersedialah untuk memakai topeng gas kerana gas yang dikeluarkan oleh Gunung Mayon beracun dan mampu membunuh.
3. Jacob's Well, Amerika Syarikat
Foto - Iluminasi
Jika anda ingin mencuba untuk meneroka lubang air sedalam 100 kaki yang menjadi pintu masuk kepada jaringan gua bawah air yang sempit inilah lokasinya. Tetapi anda haruslah berfikir masak-masak kerana ramai yang masuk berakhir dengan kematian.
Dikenali sebagai Jacob's well, lubang selua 4 meter ini menjadi pintu masuk kepada kawasan gua dalam air yang tidak pernah berjaya diterokai habis oleh sesiapa pun.Bagi mereka yang pernah terjun ke dalamnya dan meneroka sendiri, ramai mengakui ruangan dinding gua yang terlalu sempit dan memerlukan seseorang menanggalkan tong oksigen untuk melaluinya, membuatkan Jacob's Well masih lagi belum dapat diterokai oleh manusia sendiri.
Mereka yang terperangkap pula kebanyakannya meninggal dunia dengan mayat mereka terperangkap dalam air. Tetapi ada mayat yang bernasib baik apabila badan mereka akan dibawa arus kembali melalui lubang masuk sebelum terapung. Itupun selepas bertahun lamanya hilang tanpa dikesan.
4. Tornado Alley, Amerika Syarikat
Foto - Iluminasi
Jika anda punya banyak wang dan suka dengan pakej pelancongan ini adalah pakej yang begitu mencabar pada bayaran RM10,500 untuk pakej seminggu. Pakej ini adalah untuk mereka yang sanggup berdepan bencana alam dengan cuba berada dalam kedudukan paling hampir dengan puting beliung yang melanda pada bulan April hingga Julai, di sekitar Amerika Syarikat.
Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kawasan yang digelarkan 'tornado alley' di Amerika Syarikat, merupakan laluan puting beliung paling kerap melanda. Pakej pelancongan unik ini lebih mudah diwujudkan di Amerika Syarikat berikutan negara tersebut merupakan negara paling banyak berlakunya puting beliung.
Foto - Iluminasi
Ketika puting beliung berlaku, ada kemungkinan ratusan bebola ais yang mampu menyamai saizsebiji bola tenis terbentuk. Bayangkan bola-bola keras itu berpusing pantas dan mengenai manusia atau harta benda. Mungkin atas sebab itulah, pakej ini memerlukan bayaran yang agak tinggi bagi menampung risiko kerugian yang agak besar.
5. Trolltunga, Norway
Foto - Iluminasi
Berada di Hordaland, Norway, Trolltunga dikatakan bermaksud lidah Troll dalam bahasa Norway. Lokasi ini merupakan formasi batuan yang terbentuk 10,000 tahun dahulu semasa zaman ais. Setiap tahun Trolltunga menerima lebih 80,000 pengunjung dan menjadikan ia salah satu lokasi pelancongan paling popular di negara ini.
Tarikan utamanya adalah peluang untuk berdiri di atas sebuah batu berupa seperti lidah dengan paras ketinggian 700 meter dari aras laut. Sesiapa yang berdiri di situ akan dapat menikmati pemandangan Tasik Ringeldalsvatnet yang indah. Tetapi awas tiada sebarang penghadang keselamatan bila anda berdiri di situ.
Sebelum terlupa, bukan mudah untuk anda sampai di atas ini kerana ia memerlukan individu yang mempunyai kemahiran erta ketahanan mendaki gunung dalam perjalanan 13.5 kilometer, selama 10 jam pada ketinggian 900 meter dari aras laut. Jika belaku insiden kematian mayat anda hanya akan dicari keesokannya apabila pasukan mendaki turun dan memaklumkan kepada pasukan penyelamat. Ini kerana tiada hubungan telekomunikasi di kawasan tersebut.
Menarik atau menakutkan bagi anda? Jika anda rasa ia sesuatu yang rare untuk dicuba tidak ada salahnya tetapi sila pastikan anda membeli insuran travel atau wasiatkan dahulu harta yang ada jika berkunjung ke lokasi merbahaya ini. Apa pun semuanya bergantung kepada bagaimana anda menjaga keselamatan diri. Kami ucapkan semoga semuanya selamat jika ingin mencuba. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Xminat melancong kat tempat berisiko macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hati dah kental ni poket jer kurang kental |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk gmbr pun tapak kaki dh rasa denyut2 .. blm terbuka hati lg nk pg tmpt2 mcm ni .. byk lg tmpt lain yg selamat nk pg {:sing |
|
|
|
|
|
|
|
gila nihhh! belum cukup kental lagi rasanya walaupun tengok gambar je! goyang terus hati ni! |
|
|
|
|
|
|
|
ada duit pun x beranilah nak gi tempat2 ni...hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
hati kental tapi dompet tak kental |
|
|
|
|
|
|
|
interesting giler those places. tp mmg konfem x pergilah... buat apa bahayakan diri sendiri.. baca mcm ni pun dah ok. |
|
|
|
|
|
|
|
ngilu aku tengok smua gambar.. memang tak la nak pegi tempat macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
takut
gayat
hati tak kental
poket tak tebal
|
|
|
|
|
|
|
|
tak minat....risiko tinggi huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|