CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2460|Reply: 10

Rupanya Pakcik Kopiah Itu Insan Hebat Dan Mulia. Ebit Lew dan Ramesh Dedah Cerit

[Copy link]
Post time 5-3-2018 10:45 AM | Show all posts |Read mode




Sekarang ini apa sahaja berita, sangat cepat tersebar. Sama ada berita itu benar, khabar angin atau sememangnya tidak benar terus menerus dikongsi sehingga ia menjadi tular. Apa yang menyedihkan, baru-baru ini tular kisah seorang pakcik yang alim dikatakan cuba meraba paha seorang wanita cina ketika sedang duduk di dalam LRT. Ternyata kisah tersebut tidak benar tetapi ia telah mendapat kata-kata makian, tuduhan yang melampau dan sekaligus menjatuhkan maruah pakcik tersebut.

Seorang pendakwah jalanan terkenal, Ebit Lew terkejut apabila mengetahui kisah tentang kenalan rapatnya itu tular di media sosial.


Dia menaikkan satu status menceritakan tentang pakcik tersebut dan ternyata pakcik yang diviralkan itu bukanlah insan biasa dalam masyarakat tetapi seorang yang amat terpengaruh dalam bidang dakwah.









Tidak cukup dengan status di facebook peribadinya, dia juga mengadakan perbualan khas secara langsung di FB Live bersama seorang lelaki berbangsa India bernama Ramesh De Ram yang berada di dalam LRT ketika kejadian tersebut.


Ramesh sebelum ini telah menaikkan status di Facebook miliknya menceritakan kisah sebenar dan turut tampil bagi membetulkan tanggapan netizen.




Status Ramesh di Facebook miliknya bagi membetulkan keadaan




Netizen melahirkan rasa sedih kerana pakcik yang langsung tidak bersalah itu difitnah sedemikian rupa. Masing-masing bersyukur kerana kebenaran menyebelahi pakcik tersebut kerana ada netizen yang tampil untuk membetulkan keadaan.





Walaupun ramai netizen yang mengecam pakcik tersebut ketika video dan kisah tersebut tular, tetapi ada juga yang tidak percaya dan mengambil langkah berdiam diri. Netizen ini meminta agar pemfitnah tersebut bertaubat dan memohon maaf kepada pakcik yang difitnah itu.




Ada netizen yang menyesal kerana turut beranggapan negatif dan memaki hamun pakcik tersebut. Mereka ingin memohon maaf dan mereka disuruh mencari pakcik tersebut di Masjid Jamek Sri Petaling untuk memohon maaf.




Jadi, ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku. Jika perkara itu tidak dapat dipastikan kebenarannya, jangan tergesa-gesa untuk dikongsi di media sosial. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg benar terjawab akhirnya... Cian pakcik tu.. Dimanakah budi bahasa org yg viral bende ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:53 AM | Show all posts

bawah tu beg tak nampak ke dik?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 12:08 PM | Show all posts

amoi tu tak kesah pun korang pula yg kecoh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Video tu very suspicious...ntahlah...dok dendiam sudah...move ke benda lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 02:15 PM | Show all posts
sape boleh viralkan tukang viral ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2018 02:49 PM | Show all posts
lazada ada sales..
knee pad boleh dibeli pada harga serendah rm15.00..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 05:36 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-3-2018 02:49 PM
lazada ada sales..
knee pad boleh dibeli pada harga serendah rm15.00..

mmg untung klu jual kneepad kt forum cari nh... hari2x laku. klu musim viral, berganda rasernyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 08:40 AM | Show all posts
hahah..okeylar. kasi menang aja ler haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jumpa kee orang yang mulakan viral tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 05:33 PM | Show all posts
ari tu rancak betul forumer cari ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.193712 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list