CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10509|Reply: 77

Pegang Watak Berat, Hairul Azreen Janji Tak Bikin Malu

[Copy link]
Post time 5-3-2018 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Hairul Azreen diberi peluang untuk memegang watak berat dalam filem PASKAL yang akan memasuki ke set penggambaran tidak lama lagi.


Tanggungjawabnya untuk membawa watak anggota elit dalam Pasukan Khas Laut (PASKAL) sungguh mencabar dan berjanji untuk tidak memalukan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan lakonan yang bersungguh-sungguh.


Foto: IG Hairul Azreen


Dia merasakan impiannya menjadi kenyataan ketika mendapat tawaran berlakon dalam filem yang menceritakan pengorbanan dan perjuangan pasukan elit dalam TLDM ini. Ini kerana memang dari kecil dia mempunyai cita-cita menjadi tentera namun tidak mempunyai rezeki dalam bidang tersebut.


“Dari kecil saya pasang impian untuk bergelar tentera tetapi tiada rezeki."


“Apabila dapat peluang berlakon dalam PASKAL ia seperti impian jadi kenyataan dan ketika menjalani latihan di kem tentera saya rasa seperti salah seorang daripada mereka.


“Saya berjanji tidak akan memalukan pasukan PASKAL dan akan menggalas tanggungjawab diberikan dengan baik,” katanya pada Mstar ketika majlis pelancaran filem itu diadakan hari Jumaat yang lalu.


Foto: IG Hairul Azreen


Lokasi penggambaran filem ini bertempat di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi yang diarahkan oleh pengarah Adrian Tan. Antara pelakon lain yang terlibat dalam filem ini adalah Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.


Latihan pula dijalankan di kem tentera Lumut, Perak turut dibantu oleh anggota PASKAL namun cuma 20% sahaja latihan tentera yang diberikan dan berbeza dengan latihan yang sebenar-benarnya dilalui oleh anggota PASKAL.


Foto: IG Hairul Azreen


Ini merupakan pengalaman baru yang menyeronokkan dan dapat juga merasa menjadi anggota elit serta menggunakan senjata yang berbahaya ketika beraksi.


“Tetapi ia pengalaman yang sangat menarik dan berharga kerana kami dilayan seperti anggota elit yang sebenar dan banyak ilmu dikutip sebagai persediaan untuk penggambaran nanti,” katanya.


Bagi memantapkan lagi mutu lakonan, dia juga menyertai kelas lakonan dan melakukan aktiviti kecergasan bersama pelakon lain untuk memberikan hasil yang baik pada filem yang berbajet besar ini.


Foto: IG Hairul Azreen


"Saya sangat gembira dengan tawaran lakonan filem ini kerana ia projek yang sangat besar.


"Atas dasar itu saya ambil kelas lakonan semata-mata ingin memantapkan lakonan saya dan tidak mahu mensia-siakan peluang diberikan oleh pihak produksi," ujarnya.


Foto: IG Hairul Azreen



Filem ini berdasarkan kisah sebenar tentang kejayaan anggota elit dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan merampas kapal dagang MT Bung Laurel yang diambil oleh lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.


Moga segala titik peluh Hairul dan pelakon lain ditambah pula dengan kehebatan pengarah Adrian dapat memberi impak dalam industri perfileman dengan hasil karya yang gempak ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 10:40 AM | Show all posts
Meluat lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 10:43 AM | Show all posts
Edited by ainie_1008 at 5-3-2018 10:45 AM

"Foto: IG Hairul Izreen"

Aik Izreen pon ada nak try Hairul jugk ker?


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 10:45 AM | Show all posts
knapa aku rasa abg jul ripin lg okey bw watak nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosannye lahai pg amek hairul azreen ....sehebat maner pun filem, kalau amek pelakon sendu, takde aura, tak kemane lahaiii......
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 10:57 AM | Show all posts
tabah lah keknis dpt laki beria dgn semua bende die buat. teringat muka kekrul masa main hoki hari tu. ya tuhan berianyaaa muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2018 11:00 AM | Show all posts
bila dapat berlakon jadi askar, keluar cita-cita masa kecik nak jadi askar..
bila dapat berlakon jadi polis, pun keluar cerita masa kecik nak jadi polis
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:19 AM | Show all posts
alahai xde pelakon lain ke. sendu je semua. pengarah pun pilih la yg ade aura n blh mndtgkan keuntungan sikit. jgn jd mcm filem Badang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 11:44 AM | Show all posts
1st time berlakon filem eh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Beria benau kapten ni
Tu belum dpt watak penting lg
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:52 AM | Show all posts
dang... rasa zul lagi ok kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:53 AM | Show all posts
tak training lompat bintang atas tangga escalator pasaraya kah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya watak komando msia dlm dunia nyata ni sumer kurus keding je..yg badan beso cm body builder mmg xde. Xde masa diorg nak p main gym bagi beso badan tapi x fit sekadar minum protein je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tgk berapa kutipan dia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 12:04 PM | Show all posts
tetap nampak macam budak2 baru start keje, 1st time datang annual dinner bertema. dia pakai baju tentera hahahahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana aku suka cerita unsur2 begini, ku ingin lihat hasilnya. Harap nt bila dh tayang aku dptla tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 12:17 PM | Show all posts
macam hebat je citer ni..lama dah takde citer2 pasal tentera ni..asyik2 citer cintan cintun la..pastu citer hantu la..boring...rindu citer zaman2 ar badul, hamid gurkha dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 12:33 PM | Show all posts
Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin



Ada pelakon yang iols kenal walaupun sendu, ada yang whoareyus sewhoareyus whoareyusnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk badan, ok je kekrul bawak watak ni. Mana ada tentera dan seangkatan dgn nya badan ketul2 mcm body builder. Nak berlari pon susah bdn besar gabak ni

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tomaz replied at 5-3-2018 12:44 PM
Kalau tgk badan, ok je kekrul bawak watak ni. Mana ada tentera dan seangkatan dgn nya badan ketul2 m ...


Kosser & patriotic sgt reason, org jual filem , bukan nk jual muka kekrul sendu ni.....zaman skrg ni tapaya nk realiti sgt, its all about profit hahaha...

Tapaya marah tok lajak laris jadi badang, kalau letak kekrul jadi badang, entah2 lagi flop filem nye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054631 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list