CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 886|Reply: 4

[Tempatan] Edisi Felda Oh Felda: 'Sampai bila macam ini...'

[Copy link]
Post time 23-2-2018 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by roti_banjir at 23-2-2018 11:51 AM

Bandar Seri Jempol: Generasi kedua FELDA mahu projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) bagi golongan itu disiapkan segera selepas tertangguh beberapa tahun.

Ketua peneroka FELDA Serting Hilir Enam Hassan Yusop berkata, PGBF di tanah rancangannya itu belum dilaksanakan biarpun tapak dan jumlah rumah dibina dimaklumkan kepada penduduk.

Katanya, ia sepatutnya dibina dua tahun lalu membabitkan 200 rumah, namun tidak menjadi kenyataan, malah tapak projek berkenaan kini dipenuhi semak samun.

“Jika sebelum ini ramai menyalahkan pengurusan lama FELDA yang gagal menlaksanakan projek berkenaan, jadi pengurusan baru perlu menyelesaikan masalah ini yang turut dijadikan isu oleh pembangkang.

“Pengurusan FELDA perlu menyelesaikan masalah ini bagi menjamin anak peneroka mempunyai rumah sendiri selain mengelakkan berlaku penghijrahan golongan ini ke bandar,” katanya.

Sementara itu, generasi kedua, Mohammad Yahya Zakaria, 41, dari FELDA Pasoh Dua berkata, kebanyakan generasi kedua yang tinggal di tanah rancangan FELDA ketika ini masih menumpang di rumah ibu bapa biarpun sudah mendirikan rumah tangga.

Katanya, pengumuman kerajaan mengenai pembinaan rumah berkenaan amat mengembirakan golongan itu pada peringkat awal kerana berpeluang memiliki rumah sendiri.
Namun kini ia bagaikan menanti buah yang tidak gugur kerana ada projek berkenaan yang terbengkalai seperti di FELDA Pasoh Dua ini.
“Malah, kebanyakan golongan ini bersikap dingin dan memandang sinis terhadap PGBF apabila kerajaan menerusi FELDA memberitahu mahu menyiapkan projek berkenaan dengan segera,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, FELDA diminta menyelesaikan segera isu berkenaan yang dianggapkan merimaskan generasi kedua FELDA.

Menurutnya, ada rumah yang disiapkan sejak setahun lalu seperti di FELDA Pasoh Satu tetapi sehingga hari ini belum diserahkan kepada pembeli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2018 11:53 AM | Show all posts
rumah mana rumah?????

ini semua salah DAP jilakerrr....

yg handle felda tuh semua org DAP.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
roti_banjir replied at 23-2-2018 11:53 AM
rumah mana rumah?????

ini semua salah DAP jilakerrr....

Semua salah pakatan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2018 11:58 AM | Show all posts
noor2 replied at 23-2-2018 11:54 AM
Semua salah pakatan.....

salah mahathir.....

salah guan eng....

salah mukhriz.....

bung jib x pernah salah...

bung isa cuma kambing itam....

ratapan meleleh air idung dr acik-acik penyokong bee end
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 04:43 PM | Show all posts
ermmm....indah khabare dari rupanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.325269 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list