CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1771|Reply: 3

Ejen Bola Sepak Ditahan Tipu, Songlap Duit Remaja Uganda

[Copy link]
Post time 21-2-2018 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ejen bola sepak ditahan selepas dipercayai memperdaya remaja warga Uganda membabitkan kerugian RM3,000, lapor BH Online.


Suspek ditahan di Taman Bukit Mentakab, Temerloh, pada jam 6.11 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Menurut laporan, lelaki berusia 41 tahun itu menipu remaja berkenaan kononnya untuk membolehkan dia bermain bola sepak di Sarawak.




Foto: Internet



"Siasatan awal mendapati remaja berusia 19 tahun itu menyerahkan wang RM3,000 kepada suspek di hadapan sebuah bank di Mentakab pada 13 Februari lalu.

"Bagaimanapun, selepas menyerahkan wang berkenaan, mangsa gagal menghubungi ejen berkenaan, lalu membuat laporan polis," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof.


Sementara itu, hasil semakan dengan Persatuan Bola Sepak Sarawak mendapati tiada sebarang tawaran pemain luar dibuat atas nama mangsa. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2018 02:26 PM | Show all posts
malu ke org mentekak je aok ni weh!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:29 PM | Show all posts
Remaja warga Uganda tu mmg ada kat Msiala?
Aku cam blur lak baca, ingat internet scam ke hape.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku igt memain
Rupanya btol remaja uganda tu ada.sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066481 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list