Edited by memeque20 at 15-2-2018 07:50 AM
Isu tanah Ijok - Tindakan Azmin dipersoalkan 14 14 Februari 2018 6:37 PM
CYBERJAYA 14 Feb. - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dituntut memberi penjelasan mengenai tindakan tergesa-gesa membenarkan dua syarikat swasta menjual tanah di mukim Ijok bernilai RM1.181 bilion kepada sebuah syarikat lain sebelum proses peringkat Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan Mohamed Azmin memberi kebenaran kepada Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd
itu menimbulkan persoalan kerana keputusan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini memihak kepada Kerajaan negeri Selangor. Ujar beliau, Mohamed Azmin wajar memberi justifikasi untuk tindakan tersebut kerana mahkamah sebelum ini memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri untuk mengambil alih semula tanah tersebut.
“Kenapa Datuk Seri Azmin Ali tergesa-gesa membuat keputusan yang nyata merugikan kerajaan negeri dan rakyat Selangor? “Kalau niat Datuk Seri Azmin Ali ingin menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah tersebut secara langsung kepada syarikat awam dan menggunakan hasil jualan RM1.18 bilion untuk membayar pampasan tersebut?,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
|