Edited by missyqaldina at 12-2-2018 11:59 AM
Risau betul lah dh lah stock baru jer beli kt 99 speedmart bkn harga promosi..cod sama plak yg dutch lady keluarkn kenyataan.. beli 4 pax dh guna 1 pax,, baby cirit ada ruam merah kt tengkok selsema x hilang demam dh ok...igt biasa jer sbb musim skrg smp lh tgk ni. Dutch Lady Malaysia ingin memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung laporan pelanggan yang melibatkan produk Dutch Lady Curious (900g) pada 7 Februari 2018. Kami memberi jaminan berterusan bahawa kesihatan dan kesejahteraan pelanggan adalah suatu keutamaan. Kami memandang berat perkara ini dan melancarkan semakan terperinci sejurus selepas menerima laporan tersebut. Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk berkenaan telah diterima daripada pelanggan dan dihantar ke makmal syarikat dan juga pusat pengujian luaran yang diiktiraf bagi pengesahan selanjutnya. Proses pengesahan ini juga melibatkan sampel rawak daripada produk yang sama. Sehingga kini, kami tidak mendapati sebarang masalah dalam proses pengeluaran bagi kelompok produk berkenaan. Kami berusaha untuk meredakan segala kebimbangan pelanggan sementara menunggu keputusan siasatan. Berikut adalah maklumat nombor kelompok bagi produk seperti yang dilaporkan: Produk: Dutch Lady Curious (900g), nombor kelompok 1023C7WA .
(Nota: Sila rujuk nombor kelompok penuh yang mempunyai 8 digit berserta gambar di bawah) Sekiranya anda khuatir setelah membeli produk dengan nombor kelompok tersebut, anda dinasihatkan supaya tidak menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga sehingga siasatan penuh diselesaikan dalam masa beberapa hari. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi khidmat pelanggan Dutch Lady menerusi talian 1800-88-1191 atau emel kepada [email protected]. copy paste
|