CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 2599|Reply: 2

9 Pasukan Tentera Yang Paling Berdisplin Di Dunia

  [Copy link]
Post time 9-2-2018 03:11 PM | Show all posts |Read mode

Selain daripada tahan lasak, salah satu ciri utama bergelar seorang askar adalah disiplin mereka yang sangat tinggi.

Sejak bergelar rekrut tentera lagi, para anggota tentera sudah didedahkan dengan jadual yang ketat dan latihan yang berat bagi menjadikan mereka sebagai seorang aset kepada negara yang berharga.

Namun, di dalam banyak-banyak pasukan tentera di dunia, hanya 9 negara sahaja yang dikatakan memiliki pasukan tentera dengan tahap disiplin yang tinggi sekali.

#9. China – People’s Liberation Army

Sebagai sebuah pasukan tentera yang paling besar di dunia, anggota tentera di China sudah tentunya memiliki tahap disiplin yang tinggi sekali.


Pangkalan Zhurihe yang merupakan sebuah pusat latihan ketenteraan yang menyediakan latihan intensif kepada anggota-anggota mereka sebelum membenarkan mereka layak bergelar sebagai seorang anggota tentera.

#8. Filipina – NAVSOG & CGSOG

Berbeza dengan latihan ketenteraan yang konservatif yang kebanyakkan digunakan oleh mana-mana negara di dunia. Anggota pasukan Naval Special Operations Group (NAVSOG) dan Coast Guard Special Operations Group (CGSOG) dari Filipina ini diwajib untuk menjalani latihan ketika mabuk.

Ini bertujuan untuk membuktikan selain daripada kekuatan fizikal, para anggota mereka diwajibkan untuk memiliki kekuatan mental yang tinggi.
Setiap anggota diwajibkan untuk berlari sejauh 10 km, berenang sejauh 28 km dan menjalani latihan menembak. Semuanya ini perlu dilakukan dalam keadaan mabuk.

#7. Amerika Syarikat – Navy SEALs




Perkataan SEAL yang digunakan oleh pasukan ini bermaksud Sea, Air and Land yang merupakan sebuah pasukan tentera elit daripada Amerika Syarikat.

#6. India – Indian Army



Pasukan Indian Army daripada India ini sering dikatakan paling berdisplin di dunia di mana para anggotanya perlu menjalani latihan ketenteraan, bersukan dan berenang di sepanjang tempoh bergelar rekrut.

Selain daripada itu, pasukan tentera ini turut dikenali kerana sering mengenakan hukuman yang teruk seperti Maharaja, merangkak di dalam parit dan juga meranggak di dalam air sejuk.

#5. Israel – Shayetet 13

Sering dibandingkan dengan pasukan Delta Force dan Navy SEALs, pasukan Shayetet 13 daripada Israel ini merupakan sebuah pasukan tentera yang paling banyak rahsia sekali.

#4. Britain – M16


Meskipun pasukan M16 ini bukanlah sebuah pasukan tentera, namun untuk bergeler sebagai pegawai risikan M16 yang bertauliah, seseorang itu diwajibkan untuk menjalani latihan ketenteraan seperti seorang anggota komando.

#3.  Korea Utara – Storm Corp Soldiers


Selain terkenal dengan pemimpin mereka yang gila, Korea Utara juga terkenal kerana memiliki sebuah pasukan tentera yang besar dan berdisiplin tinggi.

Meskipun jenis latihan dan senjata yang digunakan oleh anggota-anggota pasukan ini dirahsiakan, namun reputasi Korea Utara sebagai sebuah negara tentera tidak dapat dinafikan lagi.

#2. Rusia – Spetsnaz


Pihak tentera Rusia percaya sekiranya tercetusnya peperaangan, pastinya ramai yang akan merasai kesakitan. Oleh sebab itu, para anggota Spetsnaz ini diwajibkan untuk ‘belajar’ merasai kesakitan bagi mempersiapkan diri mereka sekiranya tercetus peperangan pada masa yang akan datang.


#1. Afrika Selatan – Elite Military


Siapa yang dapat menyangkakan pada tangga pertama duduknya pasukan tentera daripada benua Afrika.

Bagi melayakkan seseorang rekrut itu untuk menyertai pasukan elit ini, mereka diwajibkan untuk menjalani beberapa buah latihan yang menyeksakan di mana tiada makanan disediakan dan mereka turut idak dibenarkan untuk tidur.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 08:05 AM | Show all posts
MI6 la ngok. Bukan M16


Apake bengap unit khas  dikira sekali dengan tentera biasa. Perbandingan harus antara unit khas sahaja atau antara tentera biasa sahaja.


Seperkara lagi...aku cadangkan topik ini dihumban masuk ruangan  Lawak Jenaka sajalah.  Tentera negara bapok bapok pun engko nak kata bagus
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
bkn tentera yahudi, penakut nk mampos ka? takut mati..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087872 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list