CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2724|Reply: 32

[Tempatan] Pakaian tidak patut dijadikan alasan isu gangguan seksual

  [Copy link]
Post time 9-2-2018 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-2-2018 04:36 PM

Pakaian tidak patut dijadikan alasan isu gangguan seksual
08 Februari 2018 7:45 PM




Kebanyakan wanita menjadi mangsa dalam isu itu dan adalah tidak wajar pelbagai alasan dipindahkan terhadap mereka. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pakaian seseorang wanita tidak harus dijadikan sebagai alasan berlakunya isu gangguan seksual, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beiau berkata kebanyakan wanita menjadi mangsa dalam isu itu dan adalah tidak wajar pelbagai alasan dipindahkan terhadap mereka.
Katanya beliau secara peribadi memandang isu gangguan seksual sebagai perkara serius yang jika tidak ditangani, boleh menjadi jenayah.

"Saya secara peribadi setuju dengan cadangan supaya (Akta Gangguan Seksual) ini digubal oleh kerajaan...walaupun beberapa peruntukan dapat digunakan terhadap mereka yang lakukan kesalahan ini di bawah Kanun Keseksaan, namun kita perlu satu akta khusus.

"Perkara ini juga mendapat perhatian saya sebagai menteri, kerana terdapat beberapa kes sehingga membawa kejadian rogol," katanya semasa berucap menggulung perbahasan pada persidangan Parlimen Belia Malaysia di sini, hari ini.

Cadangan menyegerakan penggubalan Akta Gangguan Seksual adalah antara empat usul diluluskan Parlimen Belia Malaysia yang bersidang dua hari, berakhir hari ini.
Usul lain ialah cadangan penambahbaikan hukuman rotan pelajar sekolah; mengutuk resolusi sekatan kemasukan minyak sawit yang dihasilkan tidak secara lestari ke pasaran Kesatuan Eropah (EU) bagi kegunaan biodiesel; dan penambahbaikan polisi pemilikan rumah dan hartanah bagi belia.

Khairy berkata resolusi itu memberi gambaran sangat negatif terhadap industri minyak sawit, dan negara-negara pengeluar minyak sawit dunia perlu mengambil tindakan proaktif untuk memperbetulkan persepsi salah itu dengan membekalkan maklumat benar dan tepat mengenai industri sawit.

"Saya memberi jaminan pucuk pimpinan kita, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang paling lantang sekali memprotes tindakan pihak Parlimen Eropah.
"Malah, perdana menteri  meminta supaya Malaysia bersedia mengambil tindak balas sewajarnya sekiranya Kesatuan Eropah bersetuju untuk tidak membenarkan minyak sawit sebagai salah satu bahan api bio," katanya.
Khairy berkata semua usul yang dibahas dan diputuskan dalam persidangan itu akan dikemukakan kepada Kabinet. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2018 08:35 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-2-2018 04:41 PM

Dengar tu lobai @Defcon2 ! Ini kamu nampak sahaja betis perempuan terus tercabut serban kamu!
Tapi ganyang dalam porem bukan main lagi, lobai beriman lah lobai kuat iman lah...tapi bila nampak rambut perempuan juga turban boleh terbang!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Go KJ go..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai @Defcon2  sekarang ni sudah berapa ramai perempuan tidak tutup aurat u tilik sudah berkurap ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm tetiba je ada cerita psl kelapa sawit lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahhaaa bagus KJ..bagusss!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nazim Othman sila ambil peduli ya
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
wahh suara yg diwakilkn utk kaum wanita.. {:shy{:shy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2018 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu abah!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 08:54 PM | Show all posts
Sokong dengan statement abam KJ
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 09:08 PM | Show all posts

Baru La Sedap

Mata Abam KJ memandang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik, belum ada Akta Gangguan Seksual ka rupanya di negara ini?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting nafsu untuk dikawal, bayangkan jika ke negara bukan Islam...{:question
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting nafsu untuk dikawal, bayangkan jika ke negara bukan Islam...{:question
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tu gambaq sendatrose sisters xde ungka khuensss.. acu guna gamba tek juling pakai baju gold belahan fokey dia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesungguhnya sekarang adalah zaman fitnah. Sekarang rogol mengikut budaya dan sikap manusia. Di negara barat ada youtuber buat experiment wanita berpakaian seksi dan yang bertudung dan berbaju labuh untuk lihat reaksi lelaki2 miang. Ternyata tiada gangguang diterima oleh wanita bertudung dan berbaju labuh. Ternyata saranan arahan Allah tiada salah dan cacat cela. Yang cacat itu hanyalah manusia ciptaanNya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2018 10:43 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 9-2-2018 08:35 AM
Dengar tu lobai @Defcon2 ! Ini kamu nampak sahaja betis perempuan terus tercabut serban kamu!
Tapi  ...

Apa yang aku cakap selama ni lebih kepada menjaga kehormatan dan maruah wanita. Islam menjaga maruah dan kehormatan wanita.

Geng anti Islam tak menjaga maruah wanita. Melondehkan dan menjatuhkan maruah wanita adalah.

Boleh rujuk balik post aku sebelum ni. Dan aku konsisten dalam perkara ni.   

  

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Padang Pasir nak disamakan dengan Orang Bugis.

Dah tentu lah climate diorg yg panas dan kering itu membuatkan diorg bernafsu kuat bila nampak pompuan seksi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2018 11:10 AM | Show all posts
Defcon2 replied at 11-2-2018 06:43 PM
Apa yang aku cakap selama ni lebih kepada menjaga kehormatan dan maruah wanita. Islam menjaga maru ...

Kamu tak boleh faham ka cara kehidupan dan tradisi manusia adalah berbeza? Kamu nak samakan tradisi padang paserr dengan tradisi orang barat ka?
Apasal kamu tak comparekan tradisi orang padang pasir afrika yang bercawat tu dengan orang arab tuan kamu tu? Kamu fikir mereka yang bercawat tu hari hari stime tengok boobs perempuan sebelah mereka? Camomlah lobai! Selagi kuat kamu menutup seluruh anggota badan semakin kuat godaan untuk melihat apa yang ada disebalik apa yang di tutup itu. Sebab itu ramai orang arab yang gila dan rogol sana sini bila melihat wanita barat, tetapi tidak bagi lelaki barat kerana itu hanyalah perkara biasa bagi mereka.


Saya tidak pernah nampak wanita barat telanjang di jalanan seperti mana dakwaan kamu!

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:26 PM | Show all posts
emm pada aku kan.

salah satu memang daripada pakaian wanita. Dia tengok wanita A seksi, then p mana2 tengok wanita B terbayang keseksian wanita A. So mangsanya wanita B.  Dalam company memang ada kes2 macam ni, sexual harassment yang lelaki buat pada wanita2 seksi. sebab tu akk selalu pesan pada adik2 junior akk di ofis, pakaian ko kena jaga jugak, kang kalo kena ngan pakcik2 gatal ko plak nak report sexual harassment.Even lelaki or wanita pandang each other pon da boleh jadi sexual harassment.

My pendapat je k. akk tk sokong sesapa.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.068374 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list