View: 1418|Reply: 7
|
Kajian: Bahan Kimia Dalam Kentang Goreng McD Boleh Rawat Kebotakan
[Copy link]
|
|
Kentang goreng McDonald’s yang terkenal di seluruh dunia boleh menjadi 'ubat' bukan sahaja ketika lapar.
Foto: People
Saintis Jepun mendakwa mereka mungkin menemui cara untuk merawat masalah kebotakan dengan menggunakan bahan kimia yang digunakan untuk membuat kentang goreng itu, lapor Fox News.
Pasukan penyelidik sel stem dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) menemui bahan kimia dimethylpolysiloxane, sejenis silikon yang dicampur dalam minyak menggoreng McDonald’s bagi mencegah dari percikan yang mana boleh digunakan untuk mendorong pertumbuhan folikel rambut tikus.
Foto: Medical News Today
Penyelidikan mereka membuahkan hasil apabila ia berjaya mengeluarkan 'kuman folikel rambut' (HFG).
"Kami menggunakan kaedah itu dan ia memberi respons memberangsangkan," kata Profesor Junji Fukuda
Sebaik HGF dipindahkan ke tubuh tikus, rambut hitam baru mula tumbuh di kawasan berkenaan.
Foto: Fox News
Saintis yakin teknik itu boleh digunakan ke atas manusia dan akan memberi hasil sama.
"Teknik mudah ini sangat berkesan dan meyakinkan. Kami berharap ia akan membantu terapi penumbuhan rambut manusia dan merawat keguguran rambut seperti alopecia (kebotakan corak lelaki)," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn di dgr la dek suami.mau berkilo dia telan nnt..hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita baik buat mereka yang ada masaalah kebotakan nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Kena makan atau sapu atas kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Nak rambut lebat kepada sapa botak, amalkan makan kacang hijau. Buat la bubur kacang hijau. Iolss genetic rambut lebat...kalau pg salon hair stylist complaint rambut banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
whoaaa, abis la sape yang suka makan french fries mcd tumbuh bulu merata... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg McD aje ke?kentang jual bungkus yg biasa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo nak sado,makan pulak ayam McD nya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|