CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2502|Reply: 2

Bukan Biasa-Biasa! Nachos Rendang Di Nachoslah, Memang Kena Dengan Tekak Melayu

[Copy link]
Post time 7-2-2018 01:22 PM | Show all posts |Read mode



Ada penggemar nachos di sini? Pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk merasa keunikan nachos di Nachoslah yang terletak di Port Damansara.


Nachos yang merupakan antara hidangan Mexico sering menjadi kegemaran ramai kerana kuahnya dan juga toping yang ditambah mengikut pilihan anda.


Namun kita sedia maklum nama pun sudah berasal dari Mexico jadi kebanyakan nachos di Malaysia ini dihasilkan dengan citarasa Mexico juga.


Tetapi seperti yang dikongsi laman The Vocket, Nachoslah ini mempunyai satu kelainan yang agak luar biasa dan menarik ramai pengunjung untuk cuba makan Nachos dengan rendang.


Rare dan unik bukan? Nama pun lidah Melayu pastilah ia meronta bila anda mendengar makanan Mexico seperti Nachos diubah suai mengikut citarasa Malaysia dan juga kegemaran ramai iaitu rendang.





Apa yang membezakan Nachoslah dengan kedai konsep Mexican yang lain? Semestinya kerana hidangan nachos di sini yang diberi sentuhan tempatan. Jadi bila makan nachos dengan topping perisa rendang, mestilah rare dan orang Mexico sendiri tidak tahu untuk buat nachos perisa rendang ini.


Nachoslah juga turut menawarkan anda pelbagai variasi nachos yang anda boleh pilih sendiri. Tidak susah untuk membuat pesanan ikutlah langkah seperti di bawah:


1) Pesan saiz nachos yang anda mahu
2) Kemudian beritahu jenis 'kuah' yang anda suka
3) Akhir sekali pilih pula topping yang menyerlahkan lagi kesedapan nachos anda


Mudah bukan. Kalau anda mahu kelainan bolehlah cuba rendang daging atau ayam untuk nachos anda kerana ia adalah kegemaran ramai bila makan di Nachoslah.


Okay bagi memberikan anda keyakinan kami kongsikan gambar-gambar dari Nachoslah untuk tatapan anda semua. -CARI









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2018 05:22 PM | Show all posts
Sedapnya gambarrr...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2018 11:48 AM | Show all posts
lapa nyaaaaa tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.342873 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list