Putus cinta. Siapa tak sedih, kan? Macam-macam dilakukan bagi melupakan rasa patah hati itu. Tapi bagaimana pula jika bercerai?
Seorang wanita dari Kanada ini melakukannya dengan cara yang sangat berbeza dan unik!
Nicole Niesner, 36, baru sahaja bercerai selepas 13 tahun melayari bahtera perkahwinannya. Dia kemudian menganjurkan sebuah parti dengan mengenakan gaun perkahwinannya sempena 'menyambut' perpisahan dengan suaminya.
Lebih menarik, Nicole dan rakan-rakannya meniru rancangan TV Amerika Syarikat terkenal iaitu Friends dengan mengenakan gaun perkahwinan putih mereka sambil meminum wain.
Memetik Mirror, Nicole mendapat idea untuk parti itu ketika terlihat parti serupa di Internet.
Walaupun jiwanya sengsara di awal perceraiannya, Nicole kini lebih bahagia dan dia mendakwa parti itu membantunya 'mengutip kembali semangatnya' yang telah hancur berkecai. Dia kini lebih kuat menghadapi dugaan hidup.
"Saya berasa sangat gembira, saya rasa sangat disayangi. Tidak ada yang lebih hebat daripada dikelilingi kawan rapat yang sentiasa menyokong anda.
"Banyak susah senang kami hadapi bersama dan selepas parti itu, saya tahu saya akan baik-baik saja.
"Kini saya hanya mengutamakan kebahagiaan saya dan fokus pada anak-anak serta menjalani hidup dengan baik," katanya.
Rancangan bersiri 'Friends'
Foto: Mirror
wah, positif betul Nicole. Baguslah kalau 'parti perceraian' itu boleh mengubah sesuatu yang negatif kepada perkara positif dalam hidupnya. Tahniah Nicole, semoga anda berjumpa pengganti dan lebih bahagia selepas ini! - CARI |