CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5686|Reply: 0

TOP 12 LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 4-2-2018 12:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by zasrfikri at 4-2-2018 12:44 AM

GALAKSI VIRAL - Tahun 2010 adalah merupakan tahun kejayaan Edry KRU kerana banyak lagu ciptaan beliau sangat popular pada tahun ini. Tahun ini juga menyaksikan penyanyi dari Sweden/Lebanon iaitu Maher Zain berjaya menguasai pasaran muzik Malaysia melalui album dan lagu dakwah beliau.  Dato' Siti Nurhaliza kekal sebagai Penyanyi No.1 Malaysia dan Penyanyi Baru Paling Popular 2010 pula jatuh kepada Shahir AF2010. Jom kita tengok lagu Malaysia manakah paling popular pada tahun 2010.



TOP 12

LAGU PALING POPULAR

DI MALAYSIA TAHUN 2010

01. KALAU BERPACARAN
Artis : Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet
Komposer : Sohaimi Mior Hassan
Penulis Lirik : Sohaimi Mior Hassan
Album : Single / Kalau Berpacaran.. The Album
Tahun : 2010 (Single) / 2011
Catatan :
Comeback penyanyi senior Sohaimi Mior Hassan melalui Retro Modern Pop/Hip Hop ini telah berjaya mengembalikan populariti beliau di dalam bidang muzik Malaysia. Malah, lagu ini juga merupakan  lagu paling popular di Malaysia tahun  2010.

02. SENYUM
Artis : Malique feat Najwa
Komposer : Malique
Penulis Lirik : Malique
Album : Single / TKO : Pejamkan Mata
Tahun : 11 Oktober 2010 / Disember 2016
Catatan :
Lagu Senyum yang berkonsepkan irama Hip Hop/Raggae sangat digemari oleh pelbagai masyarakat Malaysia kerana liriknya yang mengajak kita supaya senyum dan sentiasa ceria di dalam kehidupan. Lagu ini pernah dinyanyikan oleh gabungan penyanyi popular Singapura di persembahan pembukaan Anugerah Planet Muzik 2011.

03. DRAMA KING
Artis :
Kumpulan Meet Uncle Hussein feat Black
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja
Album : Single
Tahun : 2009
Catatan :
Meet Uncle Hussein meneruskan kecemerlangan karier mereka apabila lagu Drama King meletop di pasaran muzik Malaysia. Kolaborasi mereka bersama Black ternyata membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan apabila menjadi Lagu Paling Popular Sepanjang Tahun 2010 di Radio Era dan Pemenang Naib Juara Anugerah Juara Lagu 2010.

04 . MENGGEGAR DUNIA
Artis :
Stacy  & Adam
Komposer : Edry KRU
Penulis Lirik : Edry KRU
Album : OST My Spy
Tahun : 2009
Catatan :
Bergabung Meletop. Itulah lirik yang menjadi siulan para peminat Adam & Stacy. Gabungan dua penyanyi irama Dance Music di dalam satu lagu ini sememangnya amat dinantikan semua peminat mereka kerana mahu melihat mereka berdua menari bersama-sama di atas pentas.

Kalau mahu baca denga lebih lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.049215 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list