CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24483|Reply: 151

[Tempatan] “Isteri Saya Jadi Mangsa Buli Siber Nedim” - Nazri Aziz

   Close [Copy link]
Post time 2-2-2018 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by 123456 at 3-2-2018 09:52 AM



PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz 'bersuara' tentang kewajaran isterinya, Datin Seri Haflin Saiful Azhar membuat beberapa kenyataan terbuka di laman sosial sejak akhir-akhir ini.

Nazri mendakwa, Haflin telah menjadi mangsa buli siber kepada anaknya sendiri iaitu Nedim Nazri, sejak dua tiga hari lalu.

"Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri.

"Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?," kata Nazri ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bentuk gangguan yang didakwa dilakukan oleh Nedim terhadap isterinya.

Sebelum ini, Haflin, 36, memuat naik kenyataan di Instagram, ditujukan kepada anak tirinya sambil mencabarnya tampil bertemu dengan bapanya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Isnin depan dipercayai bagi menyelesaikan isu antara mereka bertiga.

"@Boss_ned (Nedim), bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, ia adalah kehidupan kamu dan dia hanya ingin kamu gembira.

"Bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah apa yang kamu fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya," tulisnya, malam Rabu.

"Kamu mahu pengesahan, hubungi bapa kamu sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan kepada dia," tulis Haflin.
Haflin, yang juga ibu kepada seorang anak lelaki turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri dan mendakwa telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk berbuat begitu.

Nazri ketika ditanya, mengesahkan bahawa beliau membenarkan Haflin untuk memuat naik posting berkenaan dan tidak mempunyai masalah dengan tindakan isterinya.

Semakan mStar Online di akaun Instagram Nedim pada petang Khamis pula mendapati, suami kepada pelakon Nora Danish itu ada memuat naik Insta Story, dipercayai ditujukan kepada Haflin.

Tulis Nedim: "Quos Deus vult perdere prius dementat - sesiapa yang Tuhan mahu hancurkan, Dia akan jadikan orang itu gila."

Haflin turut membalas kenyataan itu menerusi Insta Story, 'memuji' kebolehan anak tirinya itu berbahasa Perancis, sama seperti anak kandungnya yang hanya dinamakan sebagai 'JP'.

"Bonjour! (Hello!) anak tiri saya @boss_ned sudah pandai ikut adik JP cakap Perancis la!

"C'est magnifique (Ia bagus). Saya sungguh tidak kisah jika orang fikir saya gila atau tidak. Apa yang paling penting, bapa kamu mencintai saya dan cinta dalam hidupnya, JP," tulis Haflin.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/01/buli-siber-haflin/#pUQUbFZiLDyCFzSq.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 04:49 PM | Show all posts
satu family bangang ker camna nih?..habis semua jaja kat orang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 05:02 PM | Show all posts
gaduh...gaduh...kita tgk sambil makan pokkon...

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa kalau dah berbini lain ...memang bini lagi disayangi dari anak. ....tengok ajalah kes bunuh anak umur 9 tahun tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengongnya menteri umngok ni....kutuk anak sendiri. ....spesis azwan ali juga ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak divert isu logo buruk ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2018 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis ke haflin ni dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 05:17 PM | Show all posts
esok ko dah jatuh, tengok sapa yang stay..
bini muda tu ke, anak sendiri ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 05:20 PM | Show all posts
kita tengok ajelah kegilaan mereka nie.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sama lah sumua saperti pprt
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah kecik mcm ni pun cant handle..mcm mana handle masalah negara? Oh ok..technically aku tau bukan dia yg handle kan. But still..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ni akibat selalu kena sumpah dari orang ramai. Mcm bongkak bercakap. Kecam2 orang mcm gangster. Cash datang pelan2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:57 PM | Show all posts
dia nk jupe psl nk bincang logo tu, mawas tu sapa yg punye  la

husnozon la sket..




Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:29 PM | Show all posts
Itu bini Nazri Ke?  Wow! tak terkata.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:42 PM | Show all posts
dato' seri ....pada logo 2 ekor orang utan tu
rujuk kat depa berdua ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
family porak peranda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 09:33 PM | Show all posts
nolya replied at 2-2-2018 08:29 PM
Itu bini Nazri Ke?  Wow! tak terkata.

You muslim? If you are, shouldn't  you be uttering  lafaz  Masyaallah, subhanallah or astarghfirullahalazzim?

So tell me...


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 09:35 PM | Show all posts
lu orang tak ada malu ka
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 09:37 PM | Show all posts
noor2 replied at 2-2-2018 05:03 PM
Bengongnya menteri umngok ni....kutuk anak sendiri. ....spesis azwan ali juga ni...

Air dicincang tak akan putus......dan selagi bini Menteri mawas ini boleh menten the curvaceous 32 cup C nye,  she will be alright.....

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 09:42 PM | Show all posts
stingerzz replied at 2-2-2018 09:33 PM
You muslim? If you are, shouldn't  you be uttering  lafaz  Masyaallah, subhanallah or astarghfirul ...

konon dah habis sempurna la dia jadi bini orang
bini orang lain semua uhhhh tak terkata.

sebijik cam makcik gossip bawak mulut satu kampung






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.947488 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list