Kes ponteng kelas bukan sahaja berlaku di sekolah, tetapi di institusi pengajian tinggi pun boleh tahan serius kes tersebut. Kalau dah kaki kelentong dan ponteng tu, belajarlah kat mana-mana pun, mesti terbawa-bawa gejala tersebut melainkan timbul kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri.
Menariknya, seorang pengguna twitter bernama Syahira Radzi menaikkan gambar pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Petronas yang mana dikehendaki mengimbas kod QR sebagai kedatangan ketika berada di dalam dewan kuliah.
Seiring dengan teknologi yang semakin canggih, sistem sebegitu dapat meminimumkan penggunaan kertas dan ramai netizen yang berpendapat ia juga dapat mengatasi pelajar yang suka ponteng kuliah.
Biasalah, teknologi yang canggih tidak semestinya membuatkan netizen teruja.
Ada yang tak suka sebab susah nak ponteng kuliah dan leceh kerana perlu mengimbas kod QR setiap kali tamat kelas.
Betul tu, secanggih mana pun teknologi, akal pelajar adakalanya lebih bijak dan sentiasa kreatif mencari alasan dan cara untuk ponteng kelas.
Senang cerita, bagi pelajar yang mahu ponteng, kirimkan saja telefon pintar itu kepada rakan sekelas untuk mengimbas kod QR.
Setuju sangat dengan komen netizen ni, sebenarnya tidak perlu pun pensyarah menanda kedatangan pelajar sekiranya pelajar-pelajar mempunyai adab dan menghargai ilmu yang dicurahkan.
Ia lebih berkat dan pelajar-pelajar akan lebih berjaya dalam pelajaran.
Apa pun, tujuannya bukanlah nak elak kes pelajar ponteng tetapi nak mengdhadkan penggunaan kertas di institusi pengajian tinggi sahaja. Nampaknya pelajar-pelajar melihat penggunaan kod QR di bilik kuliah lebih kepada kesukaran mereka untuk ponteng kelas.
Siapa pernah ponteng kelas dan minta kawan sekelas yang tolong tanda kedatangan? Mesti ramai yang mengaku ni. - CARI
|