CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2647|Reply: 14

Kes Paling Rare! Tertinggal Kawan Di RnR Simpang Pulai, Dah 100 Km Baru Perasan

[Copy link]
Post time 26-1-2018 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Pernah tak anda ditinggalkan oleh rakan-rakan anda di satu tempat dan mereka sendiri tidak perasan yang anda ditinggalkan?



Baru-baru ini tular sebuah video di Facebook di mana seorang pengguna FB bernama Khairul Amali menceritakan yang mereka dengan tidak sengaja telah meninggalkan rakan mereka di RnR Simpang Pulai.



Apa yang melucukan ialah, perkara itu disedari oleh mereka setelah berjalan lebih 100 kilometer dari RnR tersebut!


Jom lihat video tersebut.







Difahamkan bahawa mangsa, Mohd Shaheed telah ditinggalkan di RNR tersebut tanpa bekalan duit atau telefon bimbit.


Menurut dari perbualan Isteri kepada Shaheed dan Khairul, Shaheed terpaksa meminjam telefon bimbit orang lain untuk menelefon isteri dan rakan-rakannya. Alahai, bertabahlah Shaheed.


Jom baca perbualan tersebut.









Video tersebut mendapat reaksi dari para netizen yang rata-rata merasakan insiden itu sangat melucukan.


Nah bacalah respons dari netizen.








Jadi lepas ni, kalau anda nak pergi ke tandas atau nak pergi ke kedai di mana-mana RnR, pastikan anda bawa duit dan yang penting sekali telefon bimbit, sebab kalau anda kena tinggal, senanglah nak buat panggilan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
{:cryrun hahahhaha bertuahnya kawan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 11:37 AM | Show all posts
hr tu penah gak jadi kt adik..naik kete ngn family masalah sume org tak perasan dia xde hahaha

jauh ok ayah dah gerak, adik keluar dr toilet tercengang2 kene tinggal kahkahkahkah

dah la sume fon n wallet tinggal dlm kete hahahahahah

yg lawak adik pmpn sedar adik tak de try call si adik kene tinggal sekali tepon ringing kt celah sit

hahahahah

redho adik kene tinggal tunggu ayah patah balik amik dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kawan tu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha oklah pengalaman yg rare
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 12:50 PM | Show all posts
Jadi yang memendu kenalah biasakan check semua ada baru gerak kang kena patah balik sendiri juga yang penat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rare. Ex kepala PPD daerah akak pernah tertinggal bini. Dah sampai Kundasang baru dia sadar bininya masih di KK. Jarak antara kedua tempai ni dalam 1 jam 40 minit perjalanan yah! Amazingnya bila heol patah balik bini heol masih tercongok tunggu heol depan shopping mall. Berapa lama la hagaknya sheol menunggu. Akak padankan muka jah sebab depa laki bini akak tak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 12:56 PM | Show all posts
Mmg rare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2018 02:48 PM | Show all posts
kahkahkah.. yang member ni pun nak keluar ke tandas tak bagitau..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 03:17 PM | Show all posts
nampak sgt kawan tu takde fungsi...ada ke takde ke sama je...
mesti mamat tu pendiam
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 26-1-2018 12:53 PM
Tak rare. Ex kepala PPD daerah akak pernah tertinggal bini. Dah sampai Kundasang baru dia sadar bini ...

Kak Chazey ni, beria- ria I baca sekali baca ayat last tu, hampeh betul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Mesti menggigil habis member tu.. Nasib ingat no phone bini. Ada setengah org lgsung x ingat no phone bini/laki..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 12:49 AM | Show all posts
naik MPV ke sampai x pasan kawan xde dlm kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 06:14 AM | Show all posts
sedara aku tertinggal anak, lagi bengong, tapi kat rumah sedara lah

dah habis melawat, sepupu-sepapat masing-masing dah penat main kejar2,

time nak balik tu,
mak ayah masuk kereta,
anak2 kat seat belakang dah lambai2
diorang pun berlalu pergi

bila kitorang masuk bilik,
ada sorang tengah lena tido

takkan tak buat headcount kut dalam kereta makcik pakcik oiiii
tau la anak ramai
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni takpe lg tinggal org dewasa. My husband pernah kene tinggal waktu skolah rendah kat stesen minyak highway. Die pegi pinjam duit syilling n tepon mak ayah die. Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.104657 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list