Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 5:55 PM
Daily Mail
Rakaman menunjukkan Shiva tersenyum tampa menyedari keretapi sudah dekat. FOTO Agensi
SEORANG lelaki terakam detik ngeri dilanggar kereta api selepas cuba mengambil video ketika kenderaan itu semakin menghampirinya.
Lelaki dikenali sebagai Shiva itu dilihat berdiri berhampiran landasan kereta api di Lingampally, Hyderabad, India, sambil tersenyum ke arah telefon bimbitnya.
Keterujaannya merakam video memakan diri apabila kereta api itu melanggarnya dari belakang menyebabkan dia tercampak sebelum rakaman itu terhenti.
Menerusi rakaman itu, kereta api didengari memberi isyarat amaran apabila semakin menghampiri Shiva yang kemudian selamba ‘menadah’ tangan kanannya.
Seseorang turut didengari memberi amaran tetapi Shiva yang tidak mengendahnya malah berkata ‘tunggu’ semata-mata untuk meneruskan rakaman.
Selepas rakaman itu terhenti, kedengaran bunyi orang ramai bergegas ke tempat kejadian.
Menurut NDTV, kira-kira 60 peratus kematian berpunca daripada swafoto di dunia antara Mac 2014 hingga September 2016 berlaku di India.
Terlalu Ghairah Berswafoto, Sampai Dilanggar Kereta Api
Terlampau ghairah mahu berswafoto, seorang lelaki di Hyderabad, India dilanggar sebuah kereta api.
Rakaman berdurasi 21 saat itu tular, menyaksikan T Siva yang juga seorang pelatih gimnasium dilanggar.
Menurut laporan akhbar tempatan, sebelum itu Siva sudah diberi amaran oleh orang ramai yang berada berdekatan landasan, namun langsung tidak diendahkannya.
Malah, hon kereta api juga dibunyikan sebelum melanggar bahagian kanan badan Siva.
Walau bagaimanapun lelaki ini bernasib baik kerana kecederaan yang dialaminya tidak membawa maut.
Disebakan kelakuannya itu, Siva dihadapkan ke mahkamah dan didenda sebanyak 500 rupee (RM30.60) -CARI