CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3895|Reply: 35

[Tempatan] Edisi data peribadi bocor lagi. Kali ni data penderma organ pula jadi mangsa

[Copy link]
Post time 24-1-2018 08:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EncikRhoma at 24-1-2018 12:25 AM

FORUM lowyat.net mendedahkan satu lagi kebocoran data peribadi, kali ini membabitkan 220,000 penderma organ warga Malaysia yang mendaftar dengan hospital kerajaan dan pusat pemindahan organ.
Maklumat kad pengenalan, nama penuh, nama saudara terdekat penderma, hubungan, nombor telefon, alamat, bangsa, jantina dan organ yang akan disumbangkan bertarikh 1997 hingga 2016 adalah difailkan secara online, kata lowyat.net.

"Kebocoran data itu mengandungi data yang didaftarkan di hospital kerajaan dan juga pusat pemindahan organ di seluruh negara - yang bermaksud ia diambil dari semua pangkalan data pusat," menurut laporan itu.
Katanya, kebocoran data itu berlaku secara dalam talian seawal September 2016 dan kandungan yang terdapat dalam dokumen dalam talian itu sama dengan borang pendaftaran dalam talian kerajaan di http://dermaorgan.gov.my.
"Kebocoran ini mengandungi implikasi serius yang mana ia mendedahkan maklumat peribadi saudara terdekat.



"Ini menjadikan jumlah kebocoran data meningkat dua kali ganda kepada 440,000, dan ia membabitkan dua individu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain - sama ada suami isteri, adik beradik atau ibu bapa," menurut laporan itu.
Lowyat.net berkata, fail berkenaan dibuang pada 19 Ogos, 2014 dan dimuat naik ke perkhidmatan perkongsian fail pada 29 September tahun yang sama.
Fail berkenaan dibahagikan mengikut tahun berpandukan pendaftaran penderma, dari 1997 hingga 2016. Fail dari 1997 hingga 2008 dipenuhi data yang tidak berguna, sementara fail dari Januari 2009 hingga Ogos 2016 mempunyai butiran peribadi lengkap membabitkan 220,000 individu yang mendaftar sebagai penderma organ.
Lowyat.net turut meminta semua organisasi yang mengendalikan data peribadi agar memastikan tahap keselamatan data berkenaan.
Kali pertama rakyat Malaysia didedahkan dengan kebocoran data adalah membabitkan46.2 juta pengguna telefon bimbityang disiarkan oleh Lowyat.net pada 19 Oktober tahun lalu.
Kebocoran itu berlaku antara 2012 hingga 2015 dan melibatkan Jobstreet.com, Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) dan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan DiGi.
Kebocoran itu dikesan kepada alamat IP di Omanoleh polis yang berkata pelanggaran itu mungkin berlaku ketika pemindahan data dan melibatkan pekerja syarikat terbabit. Tiada maklum balas berhubung kes itu setakat ini. – 23 Januari, 2018.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2018 08:28 AM | Show all posts
Kes hari tu pun macam takde update apa2 pun. Kes ni pun rasanya sama kot. sebulan dua lagi senyap la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Choi Lah
Aish
Nnt apa lagi yang bocor
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:50 AM | Show all posts
so...nak dengar authorities ckp apa pulak....mesti kata kes terpencil je ni

aku dah stress dgn org yg menyamar dr TM, setiap minggu mesti call aku even aku dah ckp bebaik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2018 08:55 AM | Show all posts
Yang data peribadi dari TELCO dulu, siap jual kat lowyat. Tapi akhirnya senyap macam tu je. At least bagi la update dah dapat tangkap ke orang yg jual tu. Kalau kes menghina so called vvip di sosmed, laju je dapat kesan walau pun orang tu guna akaun fake
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:00 AM | Show all posts
data hosts have low security.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ape lg la nk bocor lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:42 AM | Show all posts
sofiazara replied at 24-1-2018 09:00 AM
data hosts have low security.

ada dua, kerja orang dalam atau luar

ada satu company ni, tak de penetration test. script kiddies pun blh dapat data sql.
ada satu company ni, orang dalam buat side income, mula2 jual kt kenalan, lepas tu kenalan pun buat duit atas angin.

sedihlah bila maklumat yang patut privacy jd jual beli, bila jadi sebegitu orang dah takkan derma organ orang dah xpercaya sistem yang ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 09:43 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 24-1-2018 08:55 AM
Yang data peribadi dari TELCO dulu, siap jual kat lowyat. Tapi akhirnya senyap macam tu je. At least ...

ingat tak kes kt jb bmw langgar kt stesyen minyak? ada update tak? macam sama dengan kes telco lowyat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:44 AM | Show all posts
yang paling akak concern kalau abg sajat dia nak derma organ male or female? sorry masih confuse lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:45 AM | Show all posts
x guna betul laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:55 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-1-2018 09:42 AM
ada dua, kerja orang dalam atau luar

ada satu company ni, tak de penetration test. script ...

aku ni pun penderma organ

aku derma almost everything la insyaAllah
habisla maq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2018 09:56 AM | Show all posts
Edited by EncikRhoma at 24-1-2018 02:00 AM
CiliPadiSedap replied at 24-1-2018 01:42 AM
ada dua, kerja orang dalam atau luar

ada satu company ni, tak de penetration test. script ...

kat malaysia ni belum ada lagi kes personal info kena hack dgn orang luar. Rasanya hackers kat malaysia pun malas nak hack. Setakat hack website je. Yang kes data customer telco bocor sebelum ni pun sebab orang dalam yg bocorkan kemudian dia jual
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:59 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-1-2018 09:44 AM
yang paling akak concern kalau abg sajat dia nak derma organ male or female? sorry masih confuse lag ...

helo mana ada org derma pelir

org derma buah pinggang jantung peparu kulit mata tulang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2018 09:59 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-1-2018 01:43 AM
ingat tak kes kt jb bmw langgar kt stesyen minyak? ada update tak? macam sama dengan kes telco low ...

yg kena lenyek sampai mati tu ke? Aku pun dah terlupa kes tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:04 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 24-1-2018 09:56 AM
kat malaysia ni belum ada lagi kes personal info kena hack. Rasanya hackers kat malaysia pun malas ...

dh ada dik, kes website gov tak silap title darjah datuk siapa bayar RM 5000 dapat masuk nama dalam website tersebut. akak lupa baca kt mana? tp macam gitulah ceritanya.

fb, insta dah banyak kena hack, untuk data pukal wallahuallam tp bg akak ada je cari duit cara begitu.

buat bot fb like, follower insta batak, click, verification, keylogger dapat curi akaun insta facebook gmail. walhal sendiri punya salah yang paling sadis bitcoint hilang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 10:06 AM | Show all posts
sofiazara replied at 24-1-2018 09:59 AM
helo mana ada org derma pelir

org derma buah pinggang jantung peparu kulit mata tulang

xde ek? fikir organ tu berharga
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:07 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 24-1-2018 09:59 AM
yg kena lenyek sampai mati tu ke? Aku pun dah terlupa kes tu

haah kan, kt malaysia ni banyak yang  suam2 kuku, bagi akak tu kes mereka sama mereka gaduh isu dadah. nasib baik xlibatkan org awam. moga selesai kes itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2018 10:07 AM | Show all posts
sofiazara replied at 24-1-2018 01:55 AM
aku ni pun penderma organ

aku derma almost everything la insyaAllah

ko register tahun berapa? kalau register dari tahun 1997 sampai 2016 memang confirm ada
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 24-1-2018 09:55 AM
aku ni pun penderma organ

aku derma almost everything la insyaAllah

Akakak pun sama dik...semua organ adui. ..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.063438 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list