CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3454|Reply: 15

21 Percutian Mewah Atau Kos Sememangnya Mahal?

[Copy link]
Post time 23-1-2018 04:51 PM | Show all posts |Read mode



Laman sesawang lapangan terbang Hoppa menyenaraikan 84 lokasi percutian di dunia lalu menyenarai pendek 21 percutian mewah.

Analisis dilakukan dengan mengambil kira kos penginapan (hotel) untuk semalam, sarapan pagi untuk dua orang, perjalanan tiga kilometer dengan teksi, kos bas persiaran, secawan kopi, minuman alkohol dan juga minuman koktel

Jadi, inilah dia 21 lokasi percutian mewah sepanjang tahun 2017 dengan kos yang dipaparkan adalah untuk sehari.


21. Edinburgh, Scotland — USD135.16 (RM533)
- Walaupun tidak sepopular London, Scotland tetap memikat kaki jalan yang mahu menikmati pemandangan alam semulajadi yang maha indah hingga menjadi pilihan lokasi penggambaran filem James Bond dan Harry Porter.


20. Hong Kong, Hong Kong —USD137.35 (RM541)
- Disneyland, Madame Tussaud, Ocean Park dan The Star Ferry antara yang menjadi tarikan di sini. Agak mahal mungkin kerana kepadatan penduduk di negara ini.


19. Helsinki, Finland — USD143.27 (RM564)
Aurora Borealis adalah fenomena apabila matahari bertembung dengan medan magnetic bumi lalu menghasilkan ‘solar wind’ hingga memunculkan kejadian menakjubkan di langit. Jadi, nak mengejarnya juga perlukan kos yang tinggi.


18. Las Vegas, USA — USD143.56 (RM565)
Selain tempat perjudian tersohor, Las Vegas sebenarnya syurga ‘shopping’ barang-barang berjenama seperti Coach, Levis, Michael Kors yang jauh lebih murah dari Malaysia.


17. Tokyo, Japan — USD145 (RM571)
Seperti yang ramai ketahui, memang bandar raya ini mahal dengan makanan, penginapan serta teksi. Lebih murah jika anda menggunakan perkhidmatan keretapi.




16. Manama, Bahrain — USD 145.61 (RM573)
Antara negara termahal dengan tukaran mata wangnya ialah 1 Bahrain Dinar bersamaan RM10.40. Maknanya makan tengah hari anda akan memakan berpuluh ringgit untuk seorang.




15. Paris, France — USD145.89 (RM575)
Kota Cinta - Eifel Tower. Antara lokasi yang popular.


14. Doha, Qatar — USD147.27 (RM580)
Paling best pastinya ‘shopping’ dengan deretan kedai melebihi Jalan Tunku Abdul Rahman. 1 QAR bersamaan RM1.08


13. Dubai, United Arab Emirates USD150.44 (RM593)
Hotel semalam sahaja dah RM561. Jadi, pandai-pandailah merencanakan percutian anda.



12. London, England USD151.40 (RM596)
Antara impian ramai orang. Jadi, apa salahnya berbelanja lebih sedikit.


11. Dublin, Ireland — USD153.13 (RM603)
Siapa sangka ia lebih mahal berbanding Perancis?


10. Caracas, Venezuela — USD153.48 (RM604)
Negara Amerika Latin ini mengalami krisis ekonomi. Jadi, tidak hairanlah kos sara hidup mahupun bercuti di sana lebih mahal berbanding Tokyo.


9. Rome, Italy — USD 153.84 (RM606)
Sepinggan pasta berharga antara 7-12 euro iaitu antara RM33 hingga RM58.


8. Honolulu, Hawaii — USD154.92 (RM610)
Jauh dan agak mahal tapi mesti berbaloi dengan percutian di pantai yang antara tercantik di dunia.


7. Amsterdam, Netherlands — USD157.71 (RM621)
Makan tengahari bernilai RM251 di sebuah restoran biasa.


6. Venice, Italy — USD158.41 (RM624)
Di lokasi pelancongan, untuk ke tandasnya berbayar iaitu 1.5 euro, kira-kira RM7.20. Wow! Jangan ditahan-tahan pula kalau berhajat sangat.


5. Stockholm, Sweden — USD163.53 (RM644)
Negara berkos tinggi tapi boleh saja jika anda bijak menyesuaikan diri.



4. Oslo, Norway —USD183.76 (RM724)
Budayanya menarik dan rakyatnya pula memang peramah. Jadi mungkin tak terasa jika anda membayar lebih.


3. Copenhagen, Denmark — USD187.95 (RM740)
Dengan RM25 anda boleh menikmati secawan kopi.



2. New York City, USA — USD196.14 (RM773)
Elakkan guna kereta. Untuk lebih jimat beli kad MTA pass 7 hari, boleh guna unlimited public transport selama 7 hari 7 malam, harga usd30.


1.    Zurich, Switzerland — USD212.53 (RM837)
Negara paling mahal dan paling cantik di Eropah untuk dilawati. Jadi bagi setiap Swiss Franc yang dikeluarkan perlu berbaloi.

Bagaimanapun, kajian ini juga mengambil kira penginapan di hotel serta minuman alcohol. Jadi, anda boleh berjimat jika mencari penginapan lebih murah serta minum air kosong. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2018 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyaaaaa.. doakan meolls kaya boleh jejalan tempat2 best gini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ada ke yg nk g bercuti ke Venezuela tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringinnya nak ke NYC
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takdelah mahal sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Cntiknyerrr{:childlike{:childlike{:childlike{:childlike
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya!semua tempat cantik2 {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:32 AM | Show all posts
Teringinnya nak pergi tempat2 ni... doakan fulus aku cukup ye geng...aamin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 01:56 PM | Show all posts
bestnye....harap dapat jejak kat tempat2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 04:49 PM | Show all posts
Kalau tempah berbulan2 lebih awal boleh ler dapat murah sikit harganya tapi kalau last minit tak dinafikan harganya akan jadi agak mahal.  Apa pun lokasi tempat penginapan dan kadar tukaran wang juga memainkan peranan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak duduk hotel kat singapore pun x mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
antara Ams , Paris & London amsterdam la mkn n minum yg  paling mahal..kalau d NYC mkn senang ni kira  ok juga.nasi bryani hydrabad wow dari kat msia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 04:33 PM | Show all posts
menarik....harap dapat pergi kat tempat2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 05:42 PM | Show all posts
London mkn tak mahal mcm di gembur gembur tu. Klu  bijak cari tempat mkn, boleh je dpt murah dgn harga 6-8 pound kenyang mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2018 11:03 PM | Show all posts
Malaysiapun ada tempat percutian mewah. private island

https://www.malaysiatravelforum. ... unning-beach-resort
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2018 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau mahal...swiss tetap berbaloi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.403816 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list