Pembedahan plastik bukanlah satu yang asing lagi bagi masyarakat dunia sementelah banyak klinik dibuka untuk rawatan kecantikan ini diseluruh dunia.
Di Thailand dan Korea misalnya, terdapat beratus klinik yang dibuka bagi menyediakan perkhidmatan tersebut. Caj rawatan juga tidaklah terlalu mahal.
Malah, iklan bagi pembedahan plastik ini juga ditampal di merata tempat sehingga membuat ramai yang tertarik melihat hasil daripada pembedahan tersebut.
Salah seorang daripadanya, Ratchadapong Prasit yang berusia 23, dari Thailand telah menjalani kira-kira 30 kali pembedahan plastik sejak dua tahun lalu.
Kini pemuda ini menggunakan nama Minho, nama yang berasal dari Korea Selatan yang sering dikaitkan dengan Superstar K-Pop Choi Min-Ho.
Dengan penampilannya yang lebih segak, Minho kini mempunyai ramai peminat dan pengikut di media sosial.
Dalam sebuah wawancara dengan media tempatan, Minho mendedahkan bahawa pembedahan dilakukan di dahi, hidung, dagu, dan mulutnya.
Dia dengan bangga mengumumkan bahawa dia tidak menggunakan khidmat doktor bedah di Korea Selatan, semua prosedurnya dilakukan oleh doktor di Thailand.
Minho juga kadang-kadang gemar membuat kejutan dengan berpakaian wanita
Dia mengbelanjakan lebih dari 300,000 baht ($ 9,405) selama dua tahun menjalani pembedahan kosmetik.
Minho berkata sebelum dia mencari pakar bedahnya, dia akan pastikan doktor tersebut betul-betul yang terbaik
“Kuncinya ialah mencari hospital dengan sejarah dan latarbelakang reputasi yang baik dan memastikan doktor disitu mahir,” katanya.
“Bagi mereka yang ingin melakukan pembedahan, mereka harus mengkaji semua maklumat yang diperlukan dan berunding dengan doktor profesional sebelum membuat sebarang keputusan.”
Dia juga dilaporkan mahu memperbaiki wajahnya lebih lanjut melalui lebih banyak pembedahan plastik dalam masa terdekat.
Choi Min Ho yang sebenar (Kiri) dan Minho dari Thailand (Kanan)
Apa pendapat anda? Sama tak macam Minho? -CARI |