View: 4556|Reply: 17
|
Suka Seafood? Jom Cari Gerai Ini Di Kota Kinabalu!
[Copy link]
|
|
Apabila mengunjungi Kota Kinabalu (KK), mesti nak cari tempat makan makanan laut (seafood). Betul, tak? Kalau Johor Bahru ada Senibong, Melaka ada Umbai, Kuantan ada Tanjung Api, KK pula ada Pasar Malam Ikan Todak.
Tak, bukan nak makan ikan todak tapi 1,001 macam seafood yang ada di sini. Jom kita tengok apa yang sedap sangat di Gerai Haji Manja ini!
Tak cukup dengan ketam beraneka warna, ada udang pelbagai saiz, ikan bermacam bentuk (dan warna) juga sotong, kepah, siput, lala dan banyak lagi. Lebih hebat, semuanya segar dan masih berbau kemasinan air laut. Pilih saja mengikut bajet yang ada. Tak mahal pun, jangan risau. Yang penting, gerai bersih dan suasana nyaman.
Memang kecur air liur tengok, belum lagi rasa. Sedap!
Wajib cuba ikan biru ini sebab memang payah nak jumpa di tempat lain...
Nak masak apa? Tadi terkebil-kebil memilih ikan, sekarang mata pula naik juling memikirkan mahu makan apa. Goreng, bakar, kukus? Asam boi, jus limau, halia? Amboi, air liur dah kecur ni!
Sotong wajib digoreng celup tepung. Udang pula wajiblah ambil butterprawn. Lala wajib masak taucu bercili, ketam masak masam manis. Ikan pula dibakar dengan sambal enak penuh beraroma. Aduhai, tergoda sungguh!
Bukan setakat pelbagai jenis, pelbagai saiz pun ada tau!
Sayur, jangan dilupakan pula, ya. Pucuk midin pun ada. Apalagi, masak belacanlah. Khabarnya, pucuk ini banyak khasiatnya. Tak jumpa kalau di semenanjung, tapi ala-ala pucuk paku ada lah. Cuma ia kurang berlendir. Sementara itu, di atas meja pula ada pencecah pelbagai jenis. Ada kicap, cili, sos dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak sambal lain, boleh minta pada pelayan, okey.
Paling popular, ikan bakar. Manis terasa sebab segar.
Gerai Haji Manja ini bersih dan susunan mejanya lapang. Boleh terhibur hati mendengar peniaga lain memanggil pengunjung ke gerai mereka. Ditambah pula dengan aroma pisang atau keledek goreng hanya dari gerai sebelah. Eh, nasi percuma sahajalah! Apalagi? Kalau datang KK, pastikan anda singgah di sin. Boleh bah kalau kau.
Serius, sedap kat sini.
Alamat: Lot 24-30, Pasar Malam Ikan Todak, Segama, Kota Kinabalu.
Kat mana pun nak makan seafood, biarlah sedap masakannya, bersih gerainya dan berpatutan harganya. Baru berbaloi nak menjamu selera dengan senang hati. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
adei lapar tgk ikan biru tu..cantik pun hade |
|
|
|
|
|
|
|
ikan tu mmg sedap.. flaky.. lebih sedap dr ikan dori
|
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 18-1-2018 03:46 AM
ikan tu mmg sedap.. flaky.. lebih sedap dr ikan dori
Ikan biru tu sedap masak ape ek. Penah la dua tiga kali tengok orang jual tapi nak beli x berani sebab x reti nak masak. |
|
|
|
|
|
|
|
seafood kt sna mmg murah..tpi cara masak x sesedap mcm kat smnnjung |
|
|
|
|
|
|
|
x tau la nama dia dlm bahasa tempatan, tp km pge 'parrot fish' sbb mcm rupa parrot pun ada..
mula2 mcm pelik sbb kaler mcm pelangi, tp ritu ada mkan buat bakar.. sedap yo
|
|
|
|
|
|
|
|
ada gak yg sedap cer tgk kedai kt todak tu best jugak |
|
|
|
|
|
|
|
hr tu try kt kedai diaorang masak bakar ngan kunyit jah, simpel
tp bila makan, fresh sgt n isi lembut flaky, juicy bla bla.. kihkih
|
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 18-1-2018 04:00 AM
ada gak yg sedap cer tgk kedai kt todak tu best jugak
mgkin lpas ni bleh try yg kat todak..before this try yg kt pasar philipines je. |
|
|
|
|
|
|
|
adui lapar tgk mkn ............................... |
|
|
|
|
|
|
|
ha tu la pasal, seblum ni mkn kt pilipins influence pinoy lain sikit kan
kt todak ada gak masak stle siam/chinese n indon
|
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya... nak makan ketam nipah je... adoi teringin gler... |
|
|
|
|
|
|
|
apa nama ikan biru tu?sedap tak? |
|
|
|
|
|
|
|
baru makan sana semalam,
kena pandai tawar menawar jugak,
macam kami semalam(di gerai lain la di pasar malam ni juga), mula-mula makcik tu cakap udang rm15/100gm
tapi bila tanya bos, dia pula bagi rm10/100gm.
tapi ttg fresh, memang terbaiklah. benar masih fresh. udang tu pun perghhh.. hingga menjilat jari huhu |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya. teringat makan udang sebesar tapak tangan kat KK. manis dan fresh. bau laut lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|