|
Bila melihat nama warungnya sendiri macam tak percaya. Apa tidaknya Warung RM1 menjual hidangan-hidangan nak dengan harga RM 1 sahaja.
“Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain" menjadi mantera dan pegangan seorang peniaga makanan di Kluang, Johor yang menawarkan semua jenis makanan pada hanya RM1.
Antara makanan yang dijual di gerai ini termasuklah nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, mi kari, mi rebus, laksa Penang, soto nasi, bihun soto dan bakso. Dan semua ini hanya berharga RM1.
Ditambah best lagi, anda boleh menambah lauk-pauk tambahan seperti ayam goreng, ayam masak merah, ayam kari, ayam kicap, ayam cili padi, ikan goreng, ikan mata merah, ikan tuka dan ikan tongkol tambahan RM1 dikenakan.
Bukan makanan sahaja, semua jenis air warung ini dijual dengan harga RM1. Tentu semua berasa pelik. Bagaimana dengan menjual makanan dengan harga yang rendah pemilik warung ini mendapat untuk dari jualannya.
Pemilik gerai berkongsi bahawa walaupun untung tidak besar tetapi cukup untuk mendapat balik modal, bayar gaji pekerja dan menyara kehidupan keluarga. Beliau menambah lagi, keuntungan seharian boleh mencecah sehingga RM1500.00 juga.
Benarlah kata orang , rezeki itu di tangan Allah kan. Bermacam cara Allah nak bagi rezeki pada kita. Yang penting kita hendak berusaha atau tidak sahaja. Jom support warung RM1 ini.! - CARI |
|