CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 0

Minyak Pelincir Caltex, Terbaik Untuk Motosikal Dan Skuter

[Copy link]
Post time 16-1-2018 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Chevron Malaysia Limited melancarkan minyak pelincir Havoline Super 4T yang diformulasikan semula dengan Zoomtech khusus untuk motosikal dan skuter.


Ia seiring dengan pembangunan pesat dan juga kondisi trafik yang semakin memburuk, minyak pelincir ini dikatakan dapat mengisi keperluan pengguna berdasarkan faktor tersebut.


Ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu sintetik penuh, semi sintetik dan berasaskan mineral, Havoline Super 4T turut didatangkan bersama teknologi aditif C.O.R.E (Cleans, Oxidation, Reduces, Enhances) untuk prestasi enjin maksimum.


Pengurus Pemasaran Serantau Asia Pasifik Chevron Lubricants, Lennard Kwek berkata, dalam situasi kesesakan jalan raya kini, motosikal bergerak perlahan. Justeru, ia memerlukan pelinciran terbaik untuk melindungi enjin daripada kepanasan serta kehausan.






“Havoline Super 4T hadir dalam beberapa gred iaitu Super 4T Fully Synthetic, Super 4T Semi Synthetic dan berasaskan mineral.

“Selain kegunaan motosikal di kawasan bandar, minyak pelincir ini sesuai untuk motosikal berkuasa tinggi dan skuter moden,” katanya pada majlis pelancaran minyak pelincir terbaru itu.


Kwek berkata, kajian pihaknya mendapati Havoline Super 4T Fully Synthetic melebihi 50 peratus piawaian industri dalam kestabilan pengoksidaan ketika enjin beroperasi pada tahap maksimum.

“Manakala Havoline Super 4T Semi Synthetic pula mencatatkan 13 peratus pengurangan tahap geseran berbanding Havoline Super 4T Synthetic Blend sebelum ini,” katanya.






Antara gred ditawarkan termasuk Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, Super 4T Semi Synthetic SAE 10W-40, Super 4T SAE 15W-40 dan SAE 20W-40 dan Ezy 4T 20W-40 selain Supermatic 4T Semi Synthetic SAE 10W-40 serta Supermatic 4T 10W-40 untuk enjin skuter moden.


Harga ditawarkan bermula RM24 untuk asas mineral, RM30 (semi sintetik) dan RM67 untuk sintetik penuh. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.063328 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list