View: 1557|Reply: 14
|
Dipukul Suami Sampai Mati Kerana Disangka Curang
[Copy link]
|
|
Gara-gara syak wasangka, wanita maut dipukul suami di Matang, Taiping, Khamis lalu, lapor Bernama.
Noor Waheedah Abd Wahid, 38, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kira-kira jam 9.30 malam Sabtu, kata Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11 malam, Khamis. Keesokannya, kira-kira 9.15 pagi, seorang pekerja buruh lelaki berusia 40 tahun datang ke Balai Polis Kuala Sepetang membuat laporan memberitahu dia telah memukul isterinya.
"Isterinya cedera, lalu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB selepas disyaki mengalami pendarahan dalam otak," katanya.
Sementara itu, hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa disebabkan trauma tumpul.
Tambah Mohamad Taib, suspek ditahan dan direman tiga hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan.
"olis akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas suami mangsa esok (Isnin) untuk siasatan lanjut kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"unca kejadian, suami mengesyaki isteri ada hubungan rapat dengan lelaki lain," katanya.
Pasangan berkenaan memiliki empat cahaya mata berusia lima hingga 15 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kalau benar selingkuh cash la kau dekk |
|
|
|
|
|
|
|
.... disebabkan trauma tumpul.
trauma tumpul tu mende..? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg benar laki dia pukul mati bini. Yg tak tahu benar ke tidak isteri dituduh curang. Kesian arwah isterinya. Diburuk burukkan. Kisah sebenar belum tahu. Yg pasti dia pun tak boleh mempertahankan diri dia lagi. Tak habis habis dihighlight curang. Padahal jantan tak guna. Hampas sehampasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti arwah kena pukul kt kepala ni kan tu yg pengsan n meninggal. bini dah tak ada, laki masuk jail. Tak pasal pasal anak anak n saudara yg jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
harap kau gila meroyan la.. sayang bini khuenssss |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat anak-anak |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki kalau cemburu mengalah berok mat yeh.....seburok burok perangai. Tapi kalau dia sendiri curang.....pijak semut pun tak mati |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya anak-anak. paling kecil umur 5 tahun..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
dahsyat nya kena pukul sampai mati...
kenapa lelaki tergamak buat mcm tu pada isteri..
kalau curang skali pon, apa hal nak pukul smpai mati oiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
dipukul dengan objek tumpul. kalau pisau dia akan refer objek tajam.
ni boleh jadi penumbuk ke atau apa2 objek keras yg tidak tajam.
"blunt object"
|
|
|
|
|
|
|
| |
|