CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3406|Reply: 3

Alamak! Penggemar Keju, Anda Kenal Renet Tak?

[Copy link]
Post time 12-1-2018 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Keju diperbuat daripada susu lembu, kambing, unta atau keldai (amboi, termahal di dunia!) dan haiwan lain. Renet yang mengandungi enzim kimosin digunakan untuk mengeraskan susu hingga menjadi keju, renet (di dalamnya ada enzim chymosin). Senang cerita, renet adalah bahan penggumpal (coagulant).


Terdapat renet Halal dan ada juga yang Haram bagi Muslim. Ada 5 jenis renet digunakan oleh kilang-kilang pembuatan keju.




1. Renet Haiwan:
Paling banyak digunakan di kilang pembuatan keju. Renet adalah enzim dari perut binatang seperti lembu, kambing atau khinzir. Ia dua kali lebih mahal daripada renet sumber lain. Jika diambil dari binatang yang tidak disembelih atau Haram dimakan, maka keju dihasilkan tidak halal untuk orang Islam.




Ada yang lembut, keras, putih, oren. Pastikan Halal dulu, ya.





2. Renet Mikrobial:
Renet terbentuk daripada kulat atau organisma yis yang dibiak dan diperam di dalam makmal. Ia sesuai untuk vegetarian (pemakan sayur atau buah sahaja) kerana tidak dihasilkan daripada binatang. Cuma, rasanya sedikit pahit terutama jika dibiarkan matang. Namun, renet jenis ini sukar didapati dan sering digantikan dengan FPC yang diperam atau fermentasi (FPC)




Pelbagai makanan kegemaran diperbuat daripada keju.





3. Renet Kimosin Daripada Peraman FPC:  
Sejenis renet dari mikrob tetapi dihasilkan daripada gen DNA sel binatang yang dimasukkan bakteria, yis atau kulat. FPC adalah GMO (diperbuat secara genetik). Prosedurnya sama dengan pembuatan vaksin untuk suntikan. Persoalannya, sel binatang tidak berubah walaupun melalui proses ini. Jadi, adakah produk keju ini halal?




Orang Barat suka makan dengan biskut dan kopi.
Foto: shemazing






4. Renet Tumbuhan:  
Renet diambil daripada tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan enzim. Contohnya cardoon thistle, kulit pokok buah tin atau pokok jelatang. Enzim ini agak tidak stabil, tetapi penggunaannya semakin meluas kerana permintaan tinggi daripada pengguna beragama Islam dan mereka yang tidak memakan daging.




Beraneka jenis keju, ada yang berpuluh tahun usianya. Tentulah mahal.
Foto: medicalnewstoday






5. Asid Sitrik atau Cuka:  
Keju seperti Ricotta dikentalkan dengan jus lemon atau cuka yang sering digunakan untuk membuat keju dengan cara memanaskan susu. Ia Halal dan sesuai untuk vegetarian. Namun penggunaannya terhad dan rasanya berbeza daripada keju jenis ‘keras’. Ia juga tidak boleh disimpan lama.


Belilah keju yang ada tanda Halal, dikeluarkan oleh negara penghasil keju tersebut. Setiap negara ada Badan Keislaman mereka sendiri. Baca bahan-bahan dengan teliti supaya tidak berasa was-was. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 01:59 AM | Show all posts
Good info. Baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:42 PM | Show all posts
thanks untuk info
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.749206 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list