CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2526|Reply: 13

3 Jantina Pun Sudah Pening, Tapi Komuniti Bugis Ini Iktiraf 5 Jantina Manusia

[Copy link]
Post time 12-1-2018 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Dunia kini sudah semakin pelik. Kita bukan sahaja dibendung dengan masalah sosial, tetapi juga dibendung dengan masalah kecelaruan jantina. Mudahnya menentukan jantina dahulu kerana lahirnya kita, doktor akan melihat celah kelengkang dan cakap, “tahniah, anak lelaki/ perempuan,” dengan mudahnya.


Kebanyakan individu dalam dunia sudah terbiasa mendengar dua jantina ini dan mungkin satu lagi dipanggil ‘transgender’. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf ‘transgender’ dan mengakui hanya ada 2 jantina dalam dunia. Khunsa pula lain cerita sebab itu berkait rapat dengan masalah biologi yang tidak boleh diubah. Kalau 3 pun dah pening, ini pula adalah 5 jantina yang diiktiraf dalam kalangan komuniti Bugis.



Bissu yang membuat ritual Maggiri

Sumber: tribunnews.com



Etnik Bugis berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia dan mereka banyak merantau serata nusantara. Ramai dari kalangan mereka yang menetap bukan sahaja di sekitar Indonesia, bahkan merangkumi Malaysia, Singapura, Brunei, sesetengah tempat di Filipina dan segelintir di Thailand. Antara individu yang terkenal dengan susur galur keturunan etnik ini adalah Lisa Surihani, Yuna, Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dahulunya sebelum Indonesia merdeka, etinik Bugis asalnya mengiktiraf 5 jenis jantina. Antaranya adalah:


1. Makkunrai (wanita sejati)
2. Oroané (lelaki sejati)
3. Calalai (seakan-akan Tomboi/Pengkid)
4. Calabai (seakan-akan pondan/nyah)
5. Bissu (seakan-akan gabungan semua diatas)



Rujuk sini kalau nak mudah faham

Sumber: cilisos.my




Makkunrai dan oroané adalah lelaki dan wanita asli. Mereka menunjukkan ciri-ciri lelaki dan wanita secara fitrah. Calalai dengan calabai pula berlawanan antara makkunrai dan oroané. Nak mudah faham, calalai adalah wanita menyerupai lelaki dan calabai lelaki menyerupai wanita. Ini baru empat jenis jantina, jantina terakhir ini unik sedikit kerana ia adalah gabungan antara semua jantina tadi dan menjadi satu. Ia juga dikenali sebagai bissu.


Komuniti Bugis percaya yang bissu ini secara fizikalnya mungkin sama ada calalai atau calabai. Apa yang membezakan mereka adalah secara spiritual. Mereka seolah-olah dianggap golongan Brahmin dalam kasta Hindu kerana bissu ini rata-rata adalah golongan dihormati kerana boleh berhubung dengan alam roh.



Sumber: indiancountrymedianetwork.com




Orang asli Amerika percaya bahawa golongan ‘transgender’ yang mereka panggil sebagai ‘berdache’ ini mempunyai 2 roh (two-spirit). Ia dianggap sebagaimana keadaan ‘senja’ dimana lelaki disebelah pagi dan perempuan disebelah petang/malam. Bahkan ada sesetengah kaum disana menganggap manusia 2 roh ini adalah penjaga yang memberi keseimbangan kepada alam.


Etnik Bugis pun begitu juga, cuma perbezaan dari budaya dan ritual yang dibuat oleh bissu ini berbeza. Seseorang bissu yang telah dilatih seawal 12 tahun untuk menjadi pelapis adalah dari golongan calalai dan calabai. Semasa prosesnya, mereka diletakkan ditengah-tengah tasik selama 3 hari tiga malam tanpa makan, minum atau bergerak sambil membaca teks bugis yang telah dihafal sebelumnya. Jika dia hidup, maka proses transformasi telah berjaya dan dia akan menjadi bissu.



Bissu dan orang kanannya berpakaian tradisional.

Sumber: america.aljazeera.com



Selepas kedatangan Islam


Selain menjadi pawang, bissu juga merupakan golongan VIP dalam setiap majlis keramaian dalam komuniti. Namun selepas kedatangan Islam dan pembebasan Indonesia dari cengkaman Belanda, golongan bissu lari dan bersembunyi. Ini kerana Belanda dan gerakan Islam yang fanatik seperti Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama melarang 3 golongan ini. Mereka hanya mengiktiraf 2 jantina seperti kebanyakkan masyarakat kini. Terdapat juga kes yang dilaporkan bissu yang ditangkap diarak keseluruh kampong dalam keadaan yang memalukan. Ada juga kes yang kepalanya dipenggal dan diarak satu kampung.


Kini golongan bissu, calabai dan calalai sudah mengecil dan lebih ramai tidak aktif kerana mereka lebih gemar bekerja dalam sektor kecantikan seperti salun, spa, perancangan perkahwinan dan lain-lain kerana ianya lebih lumayan berbanding menjadi pawang.

Sumber: theconversation.com



Jadi mungkin selepas ini anda akan ada sifat ‘husnuzon’ ketika anda melihat golongan ‘transgender’ ini. Mereka bukan kecelaruan identiti, tetapi mungkin pawang dari etnik Bugis kuno.



Sumber: mediahiburan.my



Sekarang anda tahu! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahhahaha.ayat last tu kurang ajar la tt.choy
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pawang eh.pawang kabang jat
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bissu ni macam nazeem adik umi nazeera lah ya. Kejap macam jantan, kejap macam tina, kejap dua alam...kejap berbaju melayu, kejap kumpul barbie

Cuma tak tahu lah boleh berhubung dengan roh ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..mmg open minded kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 04:21 PM | Show all posts
pelik2 je . minta dijauhkan daripada terkena kaum melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2018 04:24 PM | Show all posts
pahlawan ternama jantinanya apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 04:51 PM | Show all posts
harkktuih replied at 12-1-2018 04:24 PM
pahlawan ternama jantinanya apa?

calabai kot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
"Great" minds think alike? Siapa sangka moyang orang bugis bfikir mcm modern american {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 11:18 PM | Show all posts
mak yakin yang forumer iloveselangor tu mak hayam calabai...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Perhhh proses nak jadi bissu tu boleh meragut nyawa nyahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:20 AM | Show all posts
takut plk ak tgk bissu nih....

kecelaruan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi.. Sapa bissu kat sini?  Ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali baca ingatkan cibai..rupanya calabai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051452 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list