CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3855|Reply: 4

Nak Tahu Ritual Unik Haiwan Saat Mengawan? Jom Baca!

[Copy link]
Post time 10-1-2018 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Macam mana pasangan nak dapatkan zuriat? Apa petua dan kaedahnya? Alah, ini dah selalu sangat kita baca di mana-mana portal. Jadi, apa kata kita beralih pula kepada haiwan?


Berdasarkan Brilio.net, berikut adalah cara haiwan untuk menghasilkan anak.




1) Lebah madu


Foto: Newswise.com





Kehidupan dalam berhubungan boleh mengakibatkan alat kelamin lebah jantan meletup dan boleh mengakibatkan kematian. Besar juga ya pengorbanan lebah jantan ini!




2) Ular garter merah


Foto: Hd-Freewallpapers.com





Amboi, jangankan kita, ular pun 'bermadu' juga. Ianya akan berkumpul sehingga beratus-ratus bilangannya. Lantas, ular jantan yang akan mencari ular betina disebabkan daya tarikan seksualnya.




3) Zirafah


Foto: Fondos-org-es





Eh! Lain pula dengan zirafah. Zirafah jantan akan meminum air kencing zirafah betina terlebih dahulu bagi memastikan ianya dalam keadaan subur sebelum mula berhubungan.




4) Penguin


Foto: Youtube.com





Ini kisah percintaan jarak jauh pula! Mereka hanya bertemu setahun sekali. Bagi mengenalinya, penguin jantan akan mengeluarkan bunyi khas bagi disambut oleh penguin betina. Setelah bertelur, penguin jantan akan bertindak sebagai pelindung telur tersebut.




5) Ikan lumba-lumba


Foto: Wisieforkids.blogspot.my





Hah! Kali ini alat kelamin ikan lumba-lumba berfungsi seperti tangan pula. Ia dapat mengesan atau meraba objek berdekatan dengannya termasuk meraba penguin betina selepas berkahwin.


Namun, ikan lumba-lumba jantan sering memaksa ikan lumba-lumba betina ketika mengawan. Lebih unik, mereka juga akan mengawan haiwan lain seperti kura-kura.



6) Ikan nemo


Foto: Reefsolutionsnv.com



Ikan nemo atau ikan inggu (clown fish) betina akan meninggalkan telur di batu karang bagi mencampurkan benih jantan ikan nemo ke atas telur tersebut. Apabila nemo betina mati, maka nemo jantanlah yang akan bertukar jantina kepada betina kerana ia mempunyai dua jenis alat kelamin. Oh! begitu pula kisahnya. Mesti anda tertanya-tanya, kenapa ayah Nemo dalam filem Finding Nemo tak bertukar menjadi 'ibu', kan?


7) Cicak berekor panjang


Foto: Commons.wikimedia.org



Foto: reed.edu






Eh, sekejap! Cicak ekor panjang semuanya betina, tidak ada yang jantan. Habis, macam mana mereka berhubungan? Ha, kalau nak tahu dua mereka akan berhubungan sesama mereka dan menghasilkan telur masing-masing.


8) Gorila


Foto: Mashable.com





Gorila jantan akan berkahwin sebanyak lima hingga tiga puluh gorila betina. Seperti biasa, gorila jantanlah yang bersifat melindungi gorila betina dan tingal bersama.




9) Itik Khaki Campbell


Foto: Style.tribunews.com



Tubuh itik ini sepanjang alat kelamin miliknya. Untuk apa ya alat kelamin sepanjang itu? Ia berguna bagi memikat dan memastikan itik betina tidak lari ketika sedang mengawan. Hai, macam-macam ya!


10) Kera


Foto: Keywordsuggest.org





Sebelum mengawan, kera jantan akan memikat hati kera betina. Selepas mencapai klimaks, lain pula jadinya! Kera jantan akan bertindak menyerang dan memukul kera betina pula.


Pelbagai gelagat haiwan, kan? Yang pastinya setiap benda yang hidup pasti memerlukan pasangannya bagi memperoleh anak. - CARI









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 02:16 PM | Show all posts
5. Ikan lumba-lumba mengawan dengan kura-kura akan jadi apa?
7. Rupanya binatang pun ada naluri songsang. Ingatkan manusia jer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 12:00 PM | Show all posts
yg kera tu cm manusia dayus lak..lepas dpt pukul pulak.hahahhaha or kirenya manusia ikut kera..hurmm.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lelaki yg pukul bini - ikot resam KERA
Lessy - cicak ekor panjang
tukar2 psgan - dolphin
bang sadjat - nemo
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Artikel tuh cko gorilla kawin hingga 5...somehow terbyg ada akad nikah x{:run
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.063927 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list