CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2156|Reply: 1

Nak Raikan Hari Istimewa? Jom Ke Serai @ Jaya, Pasti Tak Kecewa!

[Copy link]
Post time 9-1-2018 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Jom manjakan diri di restoran yang menjanjikan pelbagai juadah menarik ini! Masakan Melayu, Thai, Nyonya dan fusion pelbagai lagi pasti menggamit selera. Minuman dan jus buah-buahan menyegarkan akan melengkapkan apa jua juadah yang diidamkan.

Jom kita tengok apa lagi yang ada di Serai @ Jaya!

Kalau datang waktu makan tengah hari, sukar jugalah nak mendapatkan tempat duduk. Ini menunjukkan betapa popularnya restoran ini. Oleh itu, bolehlah buat tempahan untuk lebih selamat dan menjimatkan masa, ya.




Juadah enak, perut kenyang, hati senang.



Beraneka jenis nasi kerabu, nasi goreng dan lain-lain lagi yang dijamin semuanya sedap! Hidangan Serai Platter pula ada nasi putih beraroma serai, sotong bermadu, acar segar, ayam goreng empuk dan asam pedas. Ayam goreng nampak simple tapi bahan perapannya cukup lazat, menghasilkan kunyahan daging yang berjus dan enak.



Yang bagusnya di sini, boleh minta chef sediakan masakan vegetarian bagi mereka yang tak makan daging, ayam atau makanan laut lainnya. Pendek kata, 'made to order' lah, yang jarang terdapat di tempat makan lain.





Menu yang menghiburkan selera



Sesekali, bolehlah datang bawa ibu bapa bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka. Porsi yang besar, kadangkala dua orang pun boleh berkongsi menjamu selera dengan satu hidangan sahaja. Juga terdapat pelbagai jenis pasta, sesuai dengan selera masing-masing.



Argh, ada juga pelbagai hidangan manisan yang pasti membuat anda keliru untuk memilih.






Suasana formal namun santai ... boleh take-away juga.



Dinding cermin membuat suasana lebih santai namun ada aura 'tersendiri'. Kalau nak dihiburkan dengan percikan lampu berwarna-warni di kawasan luar restoran dan bangunan di seberang jalan, datanglah pada waktu malam. Boleh jalan-jalan cuci mata sekali di Jaya Shopping Centre, tau.



Alamat: G18, Jaya Shopping Centre, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor








Sangat ideal untuk mereka yang tak kisah berbelanja lebih sedikit untuk suasana santai dan layanan pelayannya yang ramah, mesra pelanggan. Sesekali melayan perasaan dan selera, apa salahnya, kan? Dan jangan lupa minum air serai, menu istimewa restoran ini ya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2018 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Restoran serai ni sama dengan restoran di shaftbury cyberjaya ke?makanan sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.417397 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list