View: 2644|Reply: 18
|
Macam Wonder Woman! Nak Tahu Macam Mana Puak Ini Dapatkan Zuriat?
[Copy link]
|
|
Siapa dah tengok filem Wonder Woman? Mesti pelik bila melihat sebuah pulau yang hanya dihuni kaum wanita sahaja, kan? Tapi ternyata, ia benar-benar berlaku di dunia sebenar!
Memetik Planet Merdeka, terdapat suku kaum sedemikian di sebuah hutan di Amazon di mana mereka hidup dan berjuang bersama tanpa kehadiran lelaki. Malah, terdapat satu cara pelik digunakan puak aneh ini yang hanya memerlukan lelaki untuk mempertahankan keturunan mereka.
Anda pasti pelik, kan? Bagaimana mereka ingin hamil jika hanya kaum wanita sahaja yang ada. Ia mungkin disebut legenda atau sejarah, tetapi kejadian seperti ini memang benar-benar wujud di alam nyata.
Bayangkan, ya! Puak ini hanya terdiri dari kalangan kaum wanita sahaja, dan masih tidak terpengaruh dengan dunia luar. Malah, kesemua wanita dari puak ini terdiri daripada pahlawan yang sangat handal bertarung selain menjalani kehidupan bebas.
Walaupun mereka tidak mengharapkan kudrat lelaki bagi membantu dalam kehidupan seharian, mereka masih ingin memanjangkan lagi keturunan mereka. Pun begitu, bayi lelaki yang dilahirkan tidak diizinkan hidup bersama ibu dari kalangan puak terbabit.
Lebih sadis, bayi lelaki yang lahir dari rahim puak ini pasti dibuang ke hutan bagi mengelakkan daripada bercampur dengan suku kaum tersebut. Kasihan bayi tidak berdosa itu.
Cara yang diamalkan oleh kaum ini sangat pelik. Mereka bukan sahaja tidak berkahwin, malah mempunyai cara tersendiri untuk hamil. Apabila masing-masing sudah meningkat dewasa atau sudah masuk usia untuk menikah, mereka mesti berjuang terlebih dahulu iaitu dengan mengintai kaum lelaki dari puak lain.
Lelaki yang diintai tersebut mestilah seorang yang gagah perkasa dan apabila sudah tiba waktunya, mereka akan menyerang puak tersebut, lalu menculik lelaki yang menjadi sasaran mereka.
Foto: Mail Online
Kemudian, lelaki tersebut akan menjadi suami 'sesaat' iaitu untuk mencapai matlamat mereka mendapat zuriat. Setelah hamil, mereka akan melepaskan lelaki berkenaan untuk kembali ke puak mereka. Pelik, bukan?
Selepas melahirkan, hanya anak perempuan dibenarkan untuk dipelihara serta dijadikan pahlawan yang mahir di medan perang.
Foto: Planet Merdeka
Mungkinkah salah seorang wanita dari puak ini merupakan Wonder Woman sebenar? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kaum wanita yg berasal dari hutan amazon? kebetulan dalam dc comic kaum wanita wonder woman tu dipanggil kaum amazon....agaknya pencipta watak wonder woman amik inpirasi dari kaum ni kot... |
|
|
|
|
|
|
|
ini fakta ke fiksyen... amazon women yg digambarkan dlm mitos rakyat dn legenda dalam Greek mythology xder kena mengena dgn kaum asli kat hutan amazon neh... artikel ni sangat ler dangkal ..nama tribe yg dimaksudkan pon xder mention... |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya mata hijau |
|
|
|
|
|
|
|
kesian baby kena buang |
|
|
|
|
|
|
|
tipula cite ni,
kak hasanah betul
apa laki2 kaum puak lain tu pondan2 belaka ke?
membe kene culik wat bodo aja cm takde totei?
pastinya klu puak kene serang, dorg akan serang balik
lainla klu pmpn2 tu tinggi bangunan, cm raksasa ke apa
tak logik betul |
|
|
|
|
|
|
|
mieymiey replied at 8-1-2018 12:05 PM
Cantiknya mata hijau
Cantik sangattt kan awak.Mata ijau ngn biru meols lg prefer hat hijau.Klo ada kt depan mesti tk bkelip tgok.Dari mata jatuh ke hati konsepnya.Go green.Haha |
|
|
|
|
|
|
|
biar btl.. takkan sekali 'rasa' je then lps peknen terus lepas lelaki tu? sbg manusia fitrah asal x leh dihalang. semua nk hidup berpasangan.
kecuali ko gay/lesb. |
|
|
|
|
|
|
|
Redha ke lelaki-lelaki tu kena culik.. Hanya untuk mepregnantkan pompuan tue.. Khayalan sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Macam aneh betul. Tapi menarik kalau betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Penulis cerita Wonder Woman ni pun dapat idea watak tu dari kaum ni juga katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
too good to be true, some more photo2 tu nmpak mcm model
bukan ori tribe tu,
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 8-1-2018 02:53 PM
biar btl.. takkan sekali 'rasa' je then lps peknen terus lepas lelaki tu? sbg manusia fitrah asal x ...
Kan lagi satu takkan takde rasa keinginan nak ehem2 lagi..dah rasa sekali mesti nak lagi.
Melainkan peknen tu tanpa hubungan badan just leset air mani je kat tut ngn jari atau suntik air mani guna picagari ke apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Puak ni x tau wujudnya IVF ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm hoax jah kisah nih... terinspirasi drpd animasi Futurama "death by snu snu" kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak logik jerr...boleh buat movie tho |
|
|
|
|
|
|
|
I tak percaya kesahihan cerita ni so I Google la pasal Planet Merdeka. News portal from Indonesia rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
apa plak pondannya. Lelaki tu semua seronok tunggu masa nak kena culik je
diorang takkan melawan punya
heh~
|
|
|
|
|
|
|
|
tipu ni...gigi putih sgt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|