Kebiasaannya lelaki gemar memberi bunga atau coklat kepada kekasih untuk menunjukkan perasaan sayang.
Berbeza pula kali ini apabila seorang lelaki telah menghadiahkan sebuah tesis lengkap mengenai hubungan cinta dia bersama kekasihnya yang telah dijalinkan selama tiga tahun.
Tesis tersebut telah disiapkan mengikut format lengkap seperti yang digunakan di pusat pengajian tinggi, turut mengandungi graf dan kajian lengkap tentang hubungan mereka.
Lelaki yang dikenali sebagai Paolo Lumanlan dari bandar Santiago ini memberikan hadiah tesis tersebut kepada kekasihnya, Maria Shaira sebagai bukti cinta dan sayangnya dan bagi meraikan ulang tahun percintaan mereka yang ke-3.
Hadiah tersebut telah menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja Maria memuat naik gambar ke laman Twitternya dengan kapsyen berbunyi:
"Teman lelaki ku menulis tesis berkenaan kami pada ulang tahun yang ke-3."
Bukan mudah untuk menyiapkan tesis tersebut dan ianya juga lengkap dengan sumber rujukan!
Gigih betul. Ada ke yang macam ni? -CARI |