Kalau pergi bercuti di luar negara mestilah kita ingin merasa menu masakan di tempat orang bukan?
Tapi lain pula dengan Datin Eina Azman walaupun sedang bercuti di Paris bersama keluarganya dia tetap mahu memasak.
Foto: IG Dato Paduka Kaiser
Hidangan yang disediakan pula merupakan menu masakan Malaysia. Antara menu yang dimasak olehnya ketika melancong adalah sambal sardin, nasi goreng ayam kunyit belacan, cekodok pisang, kuah asam, ayam goreng kicap, kari ayam, pengat ubi keledek bersago dan nasi ayam.
Foto: IG Dato Paduka Kaiser
Foto: IG Eina Azman
Meriah sungguh makanan yang Eina hidangkan! Sememangnya dia rajin memasak dan pengikut Instagram turut memuji kesungguhan Eina.
"Sudahlah cantik, pandai memasak pula. Patutlah suami sayang", kata salah seorang pengikut Instagram yang dikenali sebagai @imfarahkhan
Sebelum menjejak kaki ke Paris, Eina terlebih dahulu pergi melancong ke Istanbul, Turki.
Foto: IG Dato Paduka Kaiser
Syoknya tengok Eina bercuti! Anak-anak pun makin comel. Tapi itulah, jauh mana pun melancong mesti tekak nak makan masakan Malaysia juga kan? - CARI |