View: 7700|Reply: 63
|
Ah Sudah, Pasangan Anda Sebenarnya Homoseksual? Jangan Panik, Ini Yang Perlu Dil
[Copy link]
|
|
Pernah tak mengalami situasi di mana semakin hari hubungan anda dengan pasangan semakin renggang? Nak kata dia curang, tak pernah pula anda terlihat dia menghubungi mana-mana kawan berlawanan jantina.
Suami atau isteri anda banyak habiskan masa dengan rakan-rakannya sahaja. Tapi anda perasan sesuatu yang tidak kena dengannya. Seringkali anda mahu bermesra dengan pasangan, dia kelihatan tidak suka dan seringkali menolak hubungan seksual.
Anda perhatikan yang pasangan anda nampak lain apabila memandang dan bermesra dengan kaum sejenisnya. Apabila ditanya, dia mengaku bernafsu songsang! Boleh pengsan mendengarnya. Jangan cepat panik atau cemas, ini apa yang perlu anda lakukan sekiranya terbukti pasangan anda berahi dengan pasangan yang sejenisnya.
Foto: Thespruce.com
Jangan terkejut, di Malaysia juga terdapat kes di mana segelintir pasangan bercerai akibat nafsu songsang pasangan. Menurut organisasi Straight Spouse Network, terdapat lebih 2 juta pasangan mengalami kecelaruan identiti.
Menurut Amity Buxton dari Stright Spouse Network “apabila gay, lesbian atau biseksual diketahui oleh pasangan, satu pertiga pasangan yang asal akan bercerai serta merta. Satu pertiga akan bersama dalam tempoh satu atau dua tahun masih berkira-kira untuk menyelesaikan masalah dan akhirnya bercerai juga. Akhirnya hanya 17% sahaja dari jumlah pasangan yang akan kenal selama lebih tiga tahun perkahwinan.”
Foto: huffingtonpost.com
Jadi, apa yang anda perlu lakukan dan jangan lakukan?
- Jangan mengasingkan diri. Cari bantuan dengan orang dipercayai atau golongan professional seperti kaunselor perkahwinan.
- Bincang antara pasangan. Ada kemungkinan masing-masing dapat memaafkan dan melupakan kisah silam masing-masing.
- Jangan anggap perkahwinan anda gagal. Ada kalanya pasangan ini dapat bertoleransi antara satu sama lain. Harus diingat, kajian menunjukkan yang hanya 15% sahaja pasangan yang berusaha untuk pertahankan rumahtangga mereka dan hanya 7% berjaya. Masih ada harapan.
- Sedar akan institusi perkahwinan yang dibina perlukan suami dan isteri, bukan suami sahaja atau isteri. Bekerjasama untuk rumahtangga anda.
- Buat pemeriksaan doktor sekiranya terdapat penyakit bawaan seksual atau STD sekiranya pasangan anda pernah atau tidak melakukan hubungan seksual dengan pasangannya yang lain.
- Harus menerima bahawa tiada seorang manusia yang mengubah seseorang itu menjadi gay/ lesbian. Itu atas kehendak individu.
- Jaga kesihatan. Fasa ini adalah fasa kritikal. Tak kira anda berjaya atau sebaliknya mempertahankan rumah tangga, akhirnya anda terpaksa juga meneruskan hidup.
Foto: jogja.tribunnews.com
- Sekiranya anda mempunyai anak, dapatkan nasihat pakar kaunseling untuk memberitahu mereka. Anda perlu bimbingan pakar untuk ini. Beritahu anak-anak yang anda masih sayangkan mereka dan ini bukan salah mereka.
- Jangan lupa, banyak lain saat-saat indah yang lain boleh menjadi pemangkin anda dan pasangan dalam mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Ini bukan salah anda. Di Malaysia, memang diakui wujud golongan sebegini namun institusi agama dan kerajaan kita tidak mengiktiraf mereka. Sekiranya anda tergolong dalam kategori kecelaruan identiti ini, dapatkanlah nasihat pakar. Tidak terlambat lagi untuk berubah. -CARI
Foto: knowyourmeme.com |
|
|
|
|
|
|
|
Tertanya2 kenapa kebelakangan ni lelaki suka berhubungan sesama lelaki..x faham sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau homoseks kenapa nak kawin jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz replied at 2-1-2018 12:19 PM
Dah tau homoseks kenapa nak kawin jugak?
Sebab tak tahan dengan makcik2 bawang yang asyik mengata. |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz replied at 2-1-2018 12:19 PM
Dah tau homoseks kenapa nak kawin jugak?
Nak cober line sister oiiii..... kau saja buat2 tanya ke apa dek? |
|
|
|
|
|
|
|
Peduli lah diorg nak mengata. Mcm lah diorg bernafsu sgt dgn laki diorg pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu ni tak perlu timbul sebenarnya. Dah ko pilih nak kawin, nak coverina, stoplah kegiatan mengunyit bagai tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
yang trend bapok kahwen sekarang ini biasa gayah2 bottom
|
|
|
|
|
|
|
|
ghafar ni laki ke bapok...gaya tulisan konpem geng kunyit..hehehhe....
sukati la dia nak kahwin...kalau malam2 sangap btg pergi la cari mangsa esp waktu bini tgh outstation tu ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Muntz replied at 2-1-2018 12:46 PM
Isu ni tak perlu timbul sebenarnya. Dah ko pilih nak kawin, nak coverina, stoplah kegiatan menguny ...
Nak buat camne sister oiiiiii. Dah tak tahan merenyam sangat dekkkk..... dah biasa tiba2 tak dapat katanya, dekkkk..... |
|
|
|
|
|
|
|
Peduli lah diorg nak mengata. Mcm lah diorg bernafsu sgt dgn laki diorg pun. entah2 laki sendiri spesies itu... tp sibuk mengata acik2 andartu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Helok membujang ajer laaa jejaka or pomps yg mmg cenderung kearah hubungan sama jenis. Memusnahkan institusi kekeluargaan & meragut kebahagiaan pasangan yg tidak mengetahui |
|
|
|
|
|
|
|
Khennnn. Last2 di ranjang posisi cowgirl jadi faveret kan. Sbb tak perlu nak dayung2 bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku isu ni tak sepatutnya timbul. Mana2 gayah yg memilih utk berkawin tu, maksudnya dia mmg dah tinggal dunia kunyitan lah atau at least setengah lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-1-2018 08:09 AM
Kerana terpaksa, Di paksa Oleh keluarga, kerana fikir mungkin boleh berubah dan banyak lagi sebab sebab tertentu.
Sama juga seperti dunia barat 40 30 tahun dahulu jika mereka tidak kahwin ummah Akan syak mereka gay dan jika berduaan sesama lelaki adalah satu jenayah dan mereka boleh dihukum. Sebab itu sekarang ni terlalu ramai warga barat yang sudah 60 70 80 90 adalah bisexual yang masih beristeri dan setengah dari mereka walaupun beristeri tetapi suami memakai pakaian perempuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
in denial sgt tips2 tuh.
Harus menerima bahawa tiada seorang manusia yang mengubah seseorang itu menjadi gay/ lesbian. Itu atas kehendak individu.
tak payahlah tukar orientasi seks, dek ghafar. cuba yg paling simple dulu: tukar preference... katakan la selama ni suka pompuan chinese looks putih melepak kecik molek, tukar taste pompuan afrika hitam berkilat dan gagah perkasa pulak. kehendak individu, mesti boleh kan... sekurang2nya bisnes krim pemutih yg memudaratkan tu jatuh melingkup. |
|
|
|
|
|
|
|
Iklan pakcik dalam kete kali ni melambangkan pakcik itu homosexual, di thread lain, pakcik tu jugaklah aku terpikir yg menyerang dekat pam minyak. Ada thread pasal pati di korea, ada muka pakcik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni jenis kawen kekonon nk kaverina pstu acah2 i cannot lie to myself anymoreeeeee...dis is not meeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah pasal. Masalah selera ni bukan dpt ditukar2. Kalau skarang selera dgn anak dara umo 20thn, pastu kena paksa suruh selera dgn nenek umo 80thn boleh ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpaksa pun, lepas kawin tu forget about mengunyit lah kan. Kesian anak bini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|