<a href="https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/25/143454d4j2v5vpe7fb23fj.png" target="_blank">
Resepi Sotong Kukus Limau
Bahan-bahan:
sotong
cabai melaka merah, hijau
sos ikan
limau nipis
daun ketumbar (akar sekali)
gula
bawang putih
daun pudina
lengkuas, serai
Cara-caranya:
Cuci sotong bersih-bersih bahan yang ada.
Hiris sotong kecil-kecil tetapi jangan sampai putus.
Susun sotong dlm bekas untuk mengukus, letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar dan sedikit bawang putih. Letakkan semua bahan ini atas sotong.
Kukus sotong tadi sehingga masak.
Cara membuat sos.
Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong.
Kacau semua bahan ini sehingga hancur.
Setelah sos sudah siap, tuangkan di atas sotong yang kita kukus tadi.
Angkat dan tabur daun ketumbar serta daun pudina.
Boleh juga anda hias dengan sedikit potongan limau.
Selamat mencuba! - CARI |