View: 1004|Reply: 2
|
Apa Nak Jadi? Lagi Atlet Negara Gagal Ujian Doping!
[Copy link]
|
|
Arena sukan negara nampaknya terus gempar dengan kontroversi isu doping.
Kes terbaharu dan agak mengejutkan, ianya membabitkan penjaga gol hoki kebangsaan S.Kumar.
Apabila sampel urinnya didapati positif bahan larangan jenis Sibutramine.
Ujian itu dilakukan ketika Kumar menyertai kempen Piala Asia 2017 di Dhaka Bangladesh, Oktober lalu.
Perkara ini disahkan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.
Kumar antara pemain paling senior dalam skuad kebangsaan yang mempunyai rekod 295 penampilan bersama skuad kebangsaan.
Bahan terlarang jenis Sibutramine biasanya sering dijumpai dalam produk pelansingan namun tetap disenaraikan sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).
Bagaimanapun ia bukan dadah yang meransang peningkatan prestasi atlet.
KHM dan Kumar menolak untuk mencabar sampel 'b' kerana yakin Kumar tidak bersalah mengambil bahan berkenaan dengan sengaja.
Pemain terbaik Asia 2010 itu digantung sementara sehingga keputusan muktamad dibuat pada sesi pendengaran bersama fih. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 aku tgk badan yg memantau salah guna dadah ni mcm mengarut pun ada..biarla ped saja yg kena pantau..kes sharapova dlu pun sama...lepas tu tgk plak kes rusia yg melibatkan spy lagi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|