View: 3777|Reply: 14
|
Penutup Lubang Berseni Di Jepun - Dari Besi Buruk Jadi Tarikan Pelancong!
[Copy link]
|
|
Apa jadi dengan penutup lubang di jalan raya di Malaysia? Berkeladak? Berlubang atau akhirnya dicuri?
Ia perkara biasa kan? Maklumlah apa sahaja yang berkaitan besi pastinya ‘mendapat perhatian’.
Lupakan seketika hal itu kerana ada cerita menarik mengenai penutup lubang di Jepun.
Ya, selain kebersihan dan budi bahasa masyarakat Jepun, ada sahaja teknologi atau budaya yang perlu dicontohi oleh bangsa lain.
Bukan sebarang penutup lubang - kerana di Jepun, bahagian atas penutup tersebut dilukis motif yang menggambarkan budaya dan seni sesuatu kawasan.
Sebanyak 12,000 motif ukiran tutup lubang boleh ditemui di seluruh Jepun.
Misalnya di Ise, ukirannya menggambarkan sekelompok warga pada zaman Edo berziarah di Kuil Ise.
Ada juga yang memotretkan gaya tradisional sementara sisinya pula dihias dengan rekaan ala manga dan anime.
Malahan pemandangan tempat-tempat terkenal seperti Gunung Fuji dan Teluk Yokohama juga dijadikan motif lukisan.
Unik dan cantik inilah yang menarik perhatian para pelancong yang mengetahuinya melalui Instagram atau Twitter.
“Ia adalah budaya yang boleh kami banggakan," kata Hideto Yamada, pemimpin Gesuido Koho Purattofomu (peminat seni penutup lubang) kepada Japan Times.
Kumpulan ini terdiri daripada golongan profesional. Sangat hebat negera sakura hingga mempunyai kelab khusus!
Sejarahnya bermula sejak tahun 1980-an dibawah Kementerian Infrastruktur yang bertujuan meningkatkan sistem pembentungan di negera matahari terbit.
Tampaknya ia bukan sahaja mencantikkan sistem pembentungan malah menjadi daya penarik pelbagai lapisan masyarakat.
Mengambil populariti ini, kerajaan Jepun mengambil inisiatif mengeluarkan kad bergambar penutup lubang yang pelbagai motif ini dan ternyata ia benar-benar popular hingga diulang cetak sebanyak 30,000 lembar.
Antara peminatnya adalah Hidetoshi Ishii, pegawai di Tokyo, berusia 60-an ini menghabiskan masa lebih 20 tahun untuk mengumpul penutup lubang seni ini di setiap penjuru Jepun. Bermodal basikal lipat dan gulungan peta, dia sudah mengelilingi 1,700 daerah lalu mengumpulkan 4,500 foto.
"Rasanya seperti menemui permata. Ia membuat saya tersenyum," tuturnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mmg unik & design cantik
aku sempat amik few pics of my own
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau dekat Malaysia dah ghaib benda ni kena kutip dengan MAT KILO! haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kreatif..bila lah nk p jepun..haha |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha betul-betul
apa sahaja boleh dijual dan dapat duit ..
wajib diambil ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah banyaknya koleksi beliau. Kalau kemana2 negara memang suka je ambil gambar penutup besi cam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kat kuria pn sama tp cantik lg jepun punya
klu mlysia ghaib dh..mcm basikal sewa tu |
|
|
|
|
|
|
|
sangat kreatif...
sape tau penutup lubang boleh jadi secantik ni..
Haha |
|
|
|
|
|
|
|
wahh.. kreatifnyaaa.. secara x langsung boleh jadi 1 tarikan walaupun hanya penutup lubang |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sangat cantik and sgt kreatif.
Ttg budi bahasa-ni nak komen sikit. Smlm saya telah sengaja dilanggar dan hampir dihantuk kepala oleh sorang pemuda japan. Rasanya dia memang anti muslim.
Saya telah berhenti di pintu masuk store and nampak pemuda ni meluru kearah saya and saya sempat jerit dan elak but terkena sikit and hampir2 jatuh.
Saya terus maki dia. Dia dan kawan dia berlalu without even saya sorry or sumimasen. Kawan dia tu tua, mcm bapa dia aje.
I dah 6 kali g japan and tak sangka kali ni dapat bad experience |
|
|
|
|
|
|
|
Masa gi Jepun ritu byk gak dpt amik gmbr manhole ni .. tp mana yg ada nama city tu x jumpa sgt .. impressed sgt sbb benda2 mcm ni pun dorang ambil kira .. |
|
|
|
|
|
|
|
memang kreatif betul orang jepun ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|