CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3424|Reply: 3

Lapar Tengah Malam, Nak Makan Bajet? No Hal! Medan Selera 223 PJ Kan Ada

[Copy link]
Post time 18-12-2017 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Bagi food hunter atau penggemar makanan yang menetap di kawasan Lembah Klang, pasti tahu dengan kewujudan Medan Selera 223 yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.


Ia popular terutamanya di kalangan penduduk di PJ yang mencari makanan lewat malam.





Serius terbaik! Rugi tak cuba, ini antara makanan wajib cuba di sini.


Nasi Lemak




Terdapat dua gerai nasi lemak yang anda boleh pilih di sini. Jika anda sukakan pedas, bolehlah cuba Nasi Lemak Yati. Sambalnya lebih terangkat! Manakala Nasi lemak Suri, sambalnya kurang pedas.


Tapi jika anda sukakan cabaran, cubalah kedua-duanya sekali!


Selain nasi lemak, ini adalah makanan dan minuman yang kami syorkan di Medan Selera 223, Petaling Jaya!


Jus Kedondong




Jus ini elok diminum pada malam hari yang panas. Memang terus sejuk badan dan segar anak tekak.

Sup Kambing






Sup Kambing ini pula sangat sesuai dihirup ketika hujan membasahi bumi. Kuah yang pekat dengan rasa lemak kambing yang sangat ketara.


Siapa yang tak suka kambing, boleh jatuh cinta dengan kambing selepas menghirup sup di sini!

Kepak Ayam BBQ

Foto: amellie.net





Dihidangkan bersama kentang goreng, kepak ayam berperisa BBQ ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan sajian ringan. Kentang yang digoreng rangup memang sebati rasanya apabila diselang selikan dengan kepak ayam perisa BBQ ini.


Alamat:
Medan Selera 223
Jalan 51A/223,
Petaling Jaya,
46100, Selangor


Air liur dah meleleh kan? Tunggu apa lagi? Jom ke Medan Selera 223! Ajak sahabat handai dan keluarga sekali! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2017 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyum nyum bestnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Standby je la utk diserbu..
blom duduk..
dah dikerumuni pekerja kedai..ahaks..
Pandai2 pilih kedai..ada yg sedap..ada yg so-so jer..
Harga xda bajet murah bebenor...biasa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 12:45 PM | Show all posts
Boleh ler kalau nak tukar2 selera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.782925 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list