View: 2288|Reply: 7
|
Budak Biadab! Kau Dah Sekeh Kepala Pengemis Tua, Gelak Sakan Pula Tu
[Copy link]
|
|
Siapa pernah tengok rancangan prank di luar negara yang kebanyakannya melampau dan kasar, seperti the Jalal Brothers dan banyak lagi?
Nampaknya budaya seperti tu dah mula menular di Malaysia apabila ada pihak dilihat cuba meniru aksi-aksi yang disifatkan sebagai tak bertamadun itu.
Terbaru, sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Facebook Info Panas tular, menyaksikan sekumpulan remaja dalam lingkungan belasan tahun bertindak memukul kepala pengemis tua yang tak bersalah.
Kurang ajar! Sudahlah mereka lari selepas sekeh kepala pakcik tersebut, tergamak pula bergelak sakan seolah-olah benda tu gurauan biasa buat mereka.
Alahai dik, dah tak ada kerja lain ke? Tak matanglah begitu.
Setakat ini lokasi kejadian masih lagi belum dikenal pasti. Jom tengok video tu di bawah:
Video itu mendapat reaksi negatif dari para netizen, rata-ratanya mengecam perbuatan yang tak bermoral itu.
Ramai yang mahu sekumpulan remaja ini diberkas dan diberi hukuman yang setimpal.
Add Image Caption Here
Bayangkanlah kalau yang jadi mangsa tu ahli keluarga kita sendiri, apa yang anda akan lakukan?
Semakin teruk ke akhlak generasi muda kita kini? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Video ni da lama tahun 2011 tak silap. Br up balik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ada 1 lagi prank pegi drive tru mcd kemudian jerit boikot israel. Macam ke siyall je. Nak boikot, boikot je la. Jangan nak menyusahkan org dan malukan pekerja mcd. Post katsocmed konon boleh jadi bahan lawak tapi kena kutuk dgn orang. padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan dah lah hidup merempat pas tu kena buli lagi. Semua orang akan jadi tua lah dik.. wait 4 ur turn |
|
|
|
|
|
|
|
Benda dh lama x yah la nak up lagi.
Jalal pn dah insaf.
https://www.9news.com.au/national/2016/09/21/15/37/jalal-brothers-trade-pranks-for-charity |
|
|
|
|
|
|
| |
|