Barangkali naib juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Felix Agus jarang mengetengahkan kehidupan peribadinya kepada media, namun bagi para peminat yang mengikuti perkembangan beliau di laman Instagram pasti menyedari penyanyi ini tidak lokek untuk berkongsi foto-foto keluarganya kepada umum. Untuk info, Felix telahpun mendirikan rumah tangga dengan Lydia Larius Gojih pada tahun 2011 dan sehingga kini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang begitu comel sekali. Anak lelakinya sudah mencecah usia empat tahun, manakala puteri bongsunya pula baru berumur dua tahun. Menerusi foto-foto yang dimuat naiknya di laman sosial memperlihatkan Felix sering menghabiskan masa bersama anak-anak. Banyak juga telatah comel anak-anaknya yang kelihatan nakal dan pintar walaupun masih cilik lagi. Sementara itu, Felix pula umpama seorang bapa yang penyayang dan tidak lelah melayan kerenah mereka. Tanpa membuang masa, jom saksikan foto-foto terkini Felix bersama keluarga yang dikongsi menerusi laman Instagramnya, @felixagus.
|