Melampau dan juga hina sekali! Sudahlah merogol dengan cara meliwat, mangsa kemudian diberikan pula wang yang berupa duit syiling sahaja. Mudahnya maruah dipermainkan!
Awani melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menerima 20 sen (Rp 800) dari seorang lelaki yang didakwa meliwatnya di rumah suspek di Jagakarta.
Menurut laporan 'The Jakarta Post', ketika kejadian kanak-kanak malang terbabit sedang bermain dengan sepupunya tidak jauh dari rumah suspek.
Suspek kemudiannya memujuk mangsa untuk datang ke rumahnya dan berjaya meliwat mangsa selepas itu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/14/175555yjlykhhjlj45jlyh.jpg) Usai Lempias Nafsu, Mangsa Liwat Diupah 20 Sen
Suspek kemudian memberi duit syiling Rp 500, Rp 200 dan Rp 100 kepada mangsa dan memberi amaran kepada kanak-kanak malang itu agar tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu.
Pun begitu, laporan tetap dilakukan oleh penjaga kanak-kanak itu dan kini suspek berjaya ditahan polis di Jakarta Selatan serta siasatan lanjut masih dijalankan. |