CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5280|Reply: 29

Awas! Muka Lumpuh Sebelah Akibat Kerap Tidur Dengan Rambut Basah...

[Copy link]
Post time 13-12-2017 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Kita seringkali mendengar nasihat daripada orang yang lebih tua untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur.

Pernahkah anda terfikir apakah sebabnya?



Muka Lumpuh Gara-Gara Tidur Dengan Rambut Basah...




Ramai yang mengambil mudah dan mengabaikan nasihat ini walhal ianya berkemungkinan besar akan membawa kepada masalah yang lebih teruk daripada yang kita jangkakan.


Menurut satu laporan oleh WORLD OF BUZZ, seorang wanita telah mengalami lumpuh pada bahagian kiri mukanya kerana tidur dalam keadaan rambut masih lagi basah.


Insiden yang berlaku di China ini menimpa wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Xiong. Dia yang bekerja di sebuah pusat membeli belah, seringkali pulang lewat ke rumah.


Akibatnya dia kerap tertidur selepas mandi, sebelum sempat mengeringkan rambutnya.


Malang menimpanya, apabila suatu pagi, dia tidak dapat menggerakkan bahagian kiri muka manakala mulutnya mulai senget ketika dia sedang menggosok gigi.



Sumber: Wajibbaca.com




Risau dengan keadaan itu, dia segera ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Apa yang mengejutkan, doktor mengesahkan saraf muka Xiong telah mengalami lumpuh.


Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh tabiatnya yang suka tidur dalam keadaan rambut yang basah. Melalui penerangan doktor tersebut, rambutnya yang basah telah mengubah suhu badan dan menyebabkan mukanya menjadi kejang.


Tambah doktor itu lagi, perkara ini jadi lebih cepat kerana badannya berada dalam keadaan berehat dan tenang semasa tidur. Xiong bagaimanapun bernasih baik kerana lumpuh pada mukanya hanya berlaku buat sementara waktu.


Oleh itu, doktor tersebut meminta Xiong untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria. Ini sekaligus menyebabkan jangkitan.


Mengejutkan bukan? Lepas ni kenalah beringat ya. Pastikan rambut kering terlebih dahulu sebelum tidur! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan tak elok mandi & cuci rambut lewat malam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 05:17 PM | Show all posts
Scary! I ada habit ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak..my habit
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 06:01 PM | Show all posts
rambut pendek takpe kot..
tak kena muka (nak sedapkan hati )
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 06:10 PM | Show all posts
ini bukan penyakit bell-palsy ka camna??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2017 06:15 PM | Show all posts
Mungkin juga factor cuaca bermusim kat sana boleh menyebabkan jadi sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
X kepam ke bau bantal tido basah2 gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat sgt tu sampai tak sempat keringkan rambut mesti rambut dia lebat tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
noell: ini bukan penyakit bell-palsy ka camna??

Tulah. Tak silap mcm dafi pernah kena dlu. Ingat2 lupa
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 07:09 AM | Show all posts
I kadang-kadang macamni. Tapi kalau rambut basah, i letak tuala kat bantal. Tapi taklah masa rambut basah, cuma lembap tinggal tunggu masa nak kering jer. Tapi dah takleh tunggu so letak tuala atas bantal, terus tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 08:16 AM | Show all posts
thanks for the info. btw bru tido lps mndi smlm
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 09:50 AM | Show all posts
ni habit i ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 10:34 AM | Show all posts
Aduh, kadang-kadang terbuat ni. Sebab pergi gym malam, pastu balik mandi. Kena tukar strategy ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibbek jarang sangat basuh rambut malam{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 02:05 PM | Show all posts
Serious la??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2017 02:34 PM | Show all posts
betul ke ni...
scaryyyy
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 12:31 PM | Show all posts
It's bell palsy la. adik i baru kena 2-3 bulan lepas...
bangun pagi muka dah senget sebelah...
mengikut kata doc adik i tu, disebabkan salah satu nerve kat area muka dia dijangkiti kuman. kuman ni adalah balance kuman chicken pox yang tak betul2 hilang dalam badan dan attact nerve kat muka..

wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada doctor kat porem buleh explain? Bukan x percya, aku nak seken opinion.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cedok dari website apa ni? Mcm hoax je
Tajuk bukan main sensasi lg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.168861 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list