CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3443|Reply: 8

Impian Hidup Tenang, Harmoni Hingga Ke Hujung Nyawa. Tapi Bagaimana?

[Copy link]
Post time 13-12-2017 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Setiap hari kita menjalani rutin harian. Kita sibuk hingga tiada masa untuk berfikir sejenak mengenai apa yang kita lakukan. Kita hanya bekerja seperti semut. Sama ada semut permaisuri mahu pun askar, gigih memainkan peranan masing-masing. Bekerja demi meneruskan kelangsungan masing-masing.


Bagaimana dengan impian kita? Apakah  benar-benar kita bekerja keras untuk membina impian kita? Atau bahkan mungkin kita bekerja keras untuk membina impian orang lain? Mungkin juga impian kita dan orang itu serupa.


Tapi cuba kita periksa, sama ada orang yang kita bina impian bersama itu akan bersama-sama dengan kita hingga ke akhir usia atau tidak?


Saya melihat ibu bapa saya bekerja keras membanting tulang demi membesarkan kami berenam beradik. Di samping itu, mereka membina impian untuk memiliki kediaman sendiri (tanpa hutang) dan sedikit simpanan untuk bekalan di hari tua. Alhamdulillah. Mereka berjaya.


Impian Hidup Tenang, Harmoni Hingga Ke Hujung Nyawa. Tapi Bagaimana?


Pada usia 83 tahun bapa saya masih memberikan sisa khidmatnya buat ibu saya yang mengidam Alzheimer. Melayan kehendak ibu yang bagaikan kanak-kanak. Ada masa tantrum, ada masa gembira. Setiap hari mereka akan ke sana dan ke mari bak merpati dua sejoli. Menikmati makanan tersedap atau pun sekali meneguk teh tarik dan pisang goreng terenak.


Jelas, masalah dunia bukan masalah bagi mereka yang hidup dalam dunia mereka yang tersendiri. Melihat keadaan ibu bapa saya, maka saya cuba pula untuk melihat ke dalam diri saya. Apa yang saya mahu lakukan pada usia tua nanti andai panjang umur? Mampukah saya terus sihat fizikal seperti mereka?


Membina Masa Depan Dengan Cara Sederhana
Banyak yang boleh saya pelajari daripada ibu bapa saya. Hidup mereka sangat sederhana. Membeli mengikut kemampuan dan mereka tidak pernah berangan untuk memiliki barangan jenama atau ‘fancy’.


Impian Hidup Tenang, Harmoni Hingga Ke Hujung Nyawa. Tapi Bagaimana?




Kemudian, saya melihat mereka mementingkan simpanan berbanding berbelanjaan. Tabiat itu kekal hingga ke hari ini. Ada kala merekalah yang menjadi tabung kecemasan untuk anak-anak yang memerlukan modal bisnes.


Memang saya kagum. Meskipun dulu hanya sekadar bekerja kampung seperti menoreh dan bertukang, mereka mampu memiliki sebidang tanah dan rumah yang sangat selesa. Saya yakin, ramai orang tua-tua kita berjaya melalui kehidupan mereka dengan baik sekali – tanpa masalah kewangan.


Ironinya hari ini, meski pun kita bergaji besar, kita sering terperangkap dengan masalah kewangan. Pada saya apa pun alasannya, kita kena kembali kepada asas – bersederhanalah. Potong segala perbelanjaan tidak perlu. Jauhkan barangan atau restoran yang ‘fancy’ dan mahal andai kita mahu menyimpan lebih.


Jom Mulakan Impian Baru Untuk Hidup Lebih Harmoni
Selain hidup sederhana, satu lagi yang saya pelajari daripada ibu bapa saya ialah jangan berhutang dan kalau berhutang mesti dibayar segera. Bapa saya memang tidak gemar bila mendengar anak-anak dikejar hutang. Dia pasti akan marah.


Sebagai anak, itulah antara perkara yang perlu kita cuba elakkan. Usah menyusahkan orang tua dengan masalah kewangan kita. Saya yakin antara ciri-ciri anak yang soleh ialah sikap tanggung jawab terhadap diri sendiri.


Impian Hidup Tenang, Harmoni Hingga Ke Hujung Nyawa. Tapi Bagaimana?


Ibu bapa kita pasti akan kecewa kalau kita berhadapan dengan banyak masalah hidup. Mereka tentu tidak akan senang hati kalau anak-anak mereka susah.


Sedarlah apa pun yang kita kejar waktu muda ini, sebenarnya perkara yang kita perlukan kelak hanyalah hidup bahagia bersama pasangan tanpa sebarang masalah kronik.


Oleh itu, saya ingin berpesan kepada para pembaca dan diri saya sendiri, lihatlah ke dalam diri dan keluarga kita terlebih dahulu. Susunlah impian baru yang lebih mesra keluarga agar hidup lebih harmoni hingga ke hujung nyawa.


Penuhi keperluan mereka kerana mereka lebih utama. Jika segalanya telah terpenuh, insya-Allah hidup anda tidak akan tersesat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 02:51 PM | Show all posts
very good article. thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mystica replied at 13-12-2017 02:51 PM
very good article. thanks tt

Spt biasa ana malaih nak baca

Boleh ente buat konklusyen utk ana

Eniwei.. definisi bahagia ialah apabila dpt hirup secawan kopi setiap pagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 02:24 AM | Show all posts
zaman mecabar zaman jenayah/internet/wang/masalah sosial/sikap manusia berubah2/ skrg toksah dibanding zaman dulu.
apabila sudah tua bagaimana nak pastikan wang disimpan tidak dicuri secara kasar/halus, bagaimana pasangan kekal tanpa diganggu laman sosial internet, bagaimana memastikan pasangan/anak2 ikut jalan yg sepatutnya tidak menjadi biawak. manusia sentiasa berubah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 06:08 AM | Show all posts
Bersederhana & belanja ikut kemampuan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 08:43 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 14-12-2017 01:05 AM
Spt biasa ana malaih nak baca

Boleh ente buat konklusyen utk ana

baca lah ana. pendek je hehe

pagi2 best minum air masak je....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2017 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kata bahagia itu sederhana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 14-12-2017 09:12 PM
Orang kata bahagia itu sederhana.

Bahagia itu sederhana?

Atau bersederhana itu bahagia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 15-12-2017 11:48 PM
Bahagia itu sederhana?

Atau bersederhana itu bahagia?

Errrr dont make me confuse
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.346589 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list