|
Setiap wanita pasti menginginkan kecantikan. Tak dapat disangkal lagi, setiap produk pasti dicuba hampir setiap wanita bagi menambat hati 'sang kumbang'.
Perlu diketahui bahawa sebelum ingin membeli sesuatu produk yang baru, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
atau sedikit sebanyak selidik terlebih dahulu tentang produk yang ingin dipakai. Ini kerana setiap kulit manusia berbeza dan
mungkin kesan yang diberikan juga pasti akan berbeza.
Memetik Mail Online, kulit wanita dari Greater Manchester, Ebony Foley, 20, menjadi seperti 'dayang senandung' selepas mencuba sebuah krim losen badan jenama St. Moriz Dark yang dibeli dari sebuah kedai kecantikan dan alangkah terkejutnya dia apabila kulitnya berubah menjadi semakin coklat kehitaman hanya selepas beberapa jam menggunakan losen berkenaan.
Pada asalnya, Ebony ingin memerangkan kulitnya dan bertukar ke losen jenama lain. Malangnya, ia bukan sahaja membuat kulitnya menjadi terlalu gelap, malah dia menjadi hitam seperti Dayang Senandung!
Disebabkan itu, dia terpaksa bersembunyi di rumah kerana malu dan takut ditertawakan rakan-rakan. Agak melucukan, anak teman lelakinya menangis selepas mukanya berubah menjadi hitam. Kasihan juga ya.
Teman lelakinya, Dean cuba membantu membersihkannya dengan menggunakan span dan 'ia' tanggal seperti kotoran daki.
Sejak kejadian itu, Ebony berjanji tidak akan menggunakan losen jenama terbabit lagi selepas tangannya juga menerima nasib sama seperti wajahnya.
"Sebelum ini, saya pernah guna jenama palsu tapi tak pernah pula berlaku seperti ini.
"Kawan-kawan saya kata, saya macam bertukar ke 'bangsa' lain untuk beberapa jam. Semua rakan pejabat saya mentertawakan saya!" katanya.
Foto: Mail Online
Semoga menjadi pengajaran buat kita semua agar mengkaji terlebih dahulu produk yang ingin kita gunakan sama ada sesuai dengan kulit kita ataupun sebaliknya. Okey? - CARI |
|