Siapa VIP yang merimaskan Fasha Sandha?
Umum tahu tentang status Fasha Sandha yang sudah lebih 2 tahun sendiri setelah berpisah dengan bekas suaminya. Melalui pelbagai kontroversi turun naik mahkamah termasuk hak penjagaan anak, akhirnya pasangan tersebut mengambil keputusan menyelesaikannya secara baik dan berdamai.
Selesai dengan kemelut tersebut, ramai peminat ingin melihat Fasha Sandha kembali mengecap bahagia hidup berumahtangga. Namun begitu, menurut Fasha dia masih belum mahu serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini.
Keluarga bahagia Fasha Sandha sebelum berpisah
“Sekarang saya tidak terfikir soal jodoh lagi, rancangan saya bila sudah berumur 35 baru saya serius untuk berkahwin,” katanya pada Utusan Online.
Fasha turut mengakui berasa rimas kerana didekati ramai lelaki dan antaranya VIP sehingga sanggup menunggunya di set pengambaran. Biarpun menghargai usaha yang dilakukan jejaka tersebut, namun Fasha merasakan dia masih belum bersedia untuk serius dalam hubungan.
“Ada yang VIP ada yang tidak, ada yang biasa, macam- macam. Malah ada yang sanggup tunggu saya di set penggambaran sebab mahu jumpa saya. Jujurnya saya hargai usaha dia, tetapi saya rimas sebenarnya,” katanya lagi.
Fasha Sandha memenangi Anugerah Pelakon Terbaik Drama di Anugerah Skrin baru-baru ini.
Fasha Sandha yang akan menginjak usia 34 tahun pada tahun hadapan mempunyai baki lebih setahun lagi untuk mencapai matlamat tersebut.
Nampaknya Fasha Sandha tak sempat nak dating sebab rezekinya semakin bertambah dengan aktiviti seni yang tidak putus-putus dan baru sahaja memenangi Anugerah Pelakon Terbaik Drama di Anugerah Skrin.
Semoga Fasha Sandha maju jaya dan terus berkarya ya! - CARI |